Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

FORMULA UNTUK INSAN BERFITRAH

Monday, January 4, 2010

Dalam kehidupan seharian kita, kita yang bergelar manusia tidak dapat lari dengan fitrah. Fitrah manusia cukup luas dan tidak akan sempurna jika ianya tidak ada pada setiap individu. Antaranya ialah fitrah antara perempuan dan lelaki. Adakah ianya dituntut oleh islam…?. Jawapannya sudah tentu ya, tetapi kenapa saya ingin membangkit berkenaan isu ini…?.



Formula fitrah pasangan hidup

Jika lihat pada hari ini, kebanyakan orang tersalah tafsir berkenaan soal fitrah dan tidak cuba untuk memahaminya dengan sebaiknya. Realitinya ia berlaku pada golongan yang berpelajaran tinggi tapi sayang sekali hanya pelajarannya sahaja yang tinggi tetapi ilmunya belum cukup tinggi kerana ia tidak mampu untuk memahami konsep fitrah itu sendiri.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :-

Perempuan itu dinikahi 4 perkara: Hartanya, kecantikan, keturunan, agama… Pilihlah kerana agamanya, nescaya kau kan bahagia.

Jika lihat pada hadis diatas, Nampak seperti mudah untuk memiliki pasangan yang solehah/solehah. Baiklah, saya bawa satu lagi dalil …ALLAH befirman…

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦

26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.

Begitulah kesinambungan diantara al-Quran dan as-Sunnah, ianya saling berkaitan kerana as-Sunnah itu adalah kalam daripada hamba yang paling dikasihi oleh ALLAH s.w.t. iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jika kita lihat kedua-dua dalil diatas, ALLAH s.w.t. berfirman bahawa pemuda yang soleh hanya untuk pemudi yang solehah dan baginda s.a.w. pula menggalakkan kita agar memilih pasangan yang dinilai dari agamanya pula, maka apa yang saya ingin sampaikan disini ialah satu formula yang mudah buat semua pembaca yang ingin meneruskan pencarian pasangan fitrahnya. Formulanya berbentuk begini :-

BAIK(soleh) = BAIK (solehah)
KURANG BAIK = KURANG BAIK
JAHAT = JAHAT


Bagaimana mencari yang soleh/solehah

Persolan yang timbul disi ialah bagaiman kita ingin mencari yang terbaik (SOLEH/SOLEHAH).

Adakah mencarinya dengan hanya menafsirkan dirinya hanya secara luaran tanpa memandang faktor-faktor dalaman… ?

Sudahkah kita cuba menjadi yang soleh…?

Mampukan kita memiliki yang orang yang baik tanpa menjadi orang yang baik…?
Kesimpulan yang saya cuba simpulkan disini, kita perlu menjadi yang baik dan untuk menjadi yang baik pula ada ciri-cirinya. Antara cirinya ialah kita menjauhi perkara maksiat contohnya ialah menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan berlakunya penzinaan. Adakah kita sudah cuba untuk menjauhkannya…renung sebentar kata-kata sahabat saya ini…

Kadang-kadang kita nampak sesuatu itu baik,
Tetapi ianya dimurkai ALLAH s.w.t.,
Kadang-kadang pula kita nampak sesuatun itu pelik,
Tetapi itulah tebaik untuk kita…buatlah pilihan kerana DIA bukan kerana dia



Selamat membuat pilihan...Alkharu minALLAH...

amir al-Ghanie
8.00 malam

Read Full Article

FAHAM...

Monday, October 12, 2009

Salam pertemuan kepada semua kepada semua penghuni blog…

Kalau kita ingin menguasai sesuatu perkara itu, tidak dapat tidak kita perlu menguasai melalui satu proses yang dinamakan “pemahaman”.

Jika kita gagal untuk memahaminya ianya adalah satu perkara yang boleh saya klasifikasikan sebagai pekerjaan yang sia-sia.



“Kenapa kita perlu solat…?”

“Kenapa kita perlu berpuasa…?”

“Kenapa kita perlu patuhi suruhan itu…?”

“Mengapa kita perlu mentaati arahan ini…?”

Segala persoalan diatas semuanya hendaklah berpaksikan dengan satu proses “pemahaman”.

Bertepatanlah dengan apa yang dibawa oleh seorang mujaddid yang tidak asing lagi dibenak fikiran semua muslim yang mencintai islam iaitu Assyahid Imam Hassan al-Banna didalam rukun bai’ahnya dimana beliau meletakkan rukun yang pertama yang harus dihadamkan ialah “al-Fahmu” iaitu faham.

Sudah jelaslah bahawa kita semua khususnya kepada semua pendokong agama islam perlu memahami setiap perkara yang berkaitan dengan islam agar kita semua tidak membabi buta membuat sesuatu perkara tambahan pula ramai dikalangan kita pada hari ini banyak mengikuti sesuatu isu tanpa mengkaji dimana dan bagaimana punca sesuatu isu itu berlaku…

Jadi, sekali lagi saya menyeru kepada semua agar mari kita mengislah dan bermuhasabah semula sejauh mana kita memahami sesuatu perkara itu kerana tanpa memahaminya, segala tindak tanduk kita mungkin akan dipandu oleh musuh utama kita iaitu syaitan laknatullah nauzubiLLAH.

Mari kita semua menjernihkan semula fikrah kita agar kita semua berada dijalan yang benar dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berada didalam satu pergerakan yang jelas (muslim haraki)...

SALAM PENJERNIHAN FIKRAH....

Read Full Article

SALAM KEMAAFAN (DELAY)...

Friday, September 25, 2009

Salam Eid Mubarak kepada semua penghuni penjaramukmin.....

Mungkin terlalu lewat bagi saya untuk mengucapkan kepada semua, tetapi dengan rendah diri, diri ini menyusun sepuluh jari ingin memohon seINFINITY kemaafan kepada semua pengunjung blog ini, khususnya mahasiswa/wi yang tidak jemu memperjuangkan agama ALLAH ini, para pimpinan yang menegakkan kalimah ALLAH tidak kira diperigkat kampus mahupun diperingkat atasan, para pensyarah, guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada anak muridnya yang banyak dosa ini, sahabat-sahabat DARUL ULUM, sahabat-sahabat DARUL QURAN (yang masih terikat dengan final exam), serta semua yang saya terlupa untuk senaraikan namanya...Semoga dengan pemergian kekasih kita yang bernama Ramadhan ini meniggalkan kepada kita buah tangan TAQWA...i'ALLAH


SALAM EIDUL FITRI KEPADA SEMUA PENGHUNI
PENJARAMUKMIN.BLOGSPOT.COM

Read Full Article

Salam Penghujung Ramadhan....

Friday, September 18, 2009


Salam penghujung Ramadhan buat semua penhuni penjaramukmin.blogspot saya ucapkan.Setelah sebulan kita ditarbiyah didalam kampus Ramadhan, moga kita semua diGRADUANkan dengan segolong ijazah khas diploma TAQWA.
Persoalan yang timbul, adakah kita akan bertemu lagi KEKASIH istimewa ini pada tahun yang akan datang.Jadi, sebelum dia meninggal kita marilah kita memanfaatkan sebaik mungkin baki yang ada ini agar kita semua antara golongan yang terpilih olehNYA untuk merangkul piala TAQWA yang dianjurkan olehNYA.....insyaALLAH.


"Ya ALLAH kau temukanlah kami pada Ramadhan yang akan datang.... AMEEN"

Read Full Article

"ALLAHumma bariklana fi RAMADHAN......"

Friday, August 21, 2009




Salam pertemuan dan salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot.com, setelah sekian lamanya tidak meng'UPDATE' blog ini akhirnya dengan izinNYA dapat juga penulis menghantar sedikit jika nak dikatakan artikel tidak juga cuma sedikit hasil karya ilahi kepada hambanya untuk digunakan sedikit sebanyak sebagai satu wasilah yakni cara untuk berdakwah...i'ALLAH

Marilah kita semua merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada ilahi kerana dengan qudratNYA dapat lagi kita bertemu buat kesekian kalinya dengan bulan yang mulia dimana pada bulan ini berlaku pelbagai bersejarah didalam sejarah islamantaranya peristiwa turunnya kitab AL-Quran yakni kitab agung yang menjadi pegangan oleh semua manusia yang yang bergelar mukmin...

Jika si'ISTERI' ingin menyambut kepulangan si'SUAMI'nya yang sudah lama tidak pulang kerumah dengan persiapan yang ala kadar... sudah semestinya dengan persiapan yang cukup rapi, begitu juga dengan kita, ramadhan yang telah meninggalkan kita 11 bulan lamanya kini sudah pulang , persoalannya adakah persiapan untuk menyambut kepulangan sudah cukup rapi .......???

Harapan dari penulis agar semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin kepulangan Ramadhan kali ini kerana kita tidak tahu lagi adakah kita bakal menyambut kePULANGAN anNYA ataupun sebaliknya....

Bulan yang sama , natijah yang berbeza.........insyaALLAH

ALLAHumma bariklana fi RAMADHAN......

*karya kerdil dari penulis khas buat semua penghuni blog ini..........






Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP