Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

komik untukmu (part 1)

Wednesday, December 31, 2008





Read Full Article

SAJAK BUAT SANG PEJUANG

Asslamualaikum , salam kepada semua penguni penjara mukmin, maaf kerana kesilapan diri ini yang masih lagi tidak mampu menulis artikel sendiri kerana masih banyak lagi yang perlu belajar. Walaubagaimanapun, saya cuba menerbitkan artikel dengan mengutipnya dari blogest-blogest senior dan sahabat yang ana kagumi.
Kali ini ana ingin berkongsi sebuah sajak yang dihasilkan oleh naqib kepada naqib ana dan boleh dikatakan atuk ana didalam usrah ana (GHURABA'). Beliau ana maksudkan ialah Al-Akh Idris didalam blognya http://tintaduat.blogspot.com/ jadi terimalah sebuah sajak dinukilkan khas buat semua penghuni penjara mukmin yang tidak jemu di dalam mencurahkan tenaga, harta dan segalanya dalam memperjuangkan agama ALLAH yakni agama islam. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sesuatu di jalan ALLAH .terimalah "SAJAK BUAT SANG PEJUANG
"

Sudah sunah orang berjuang

Mengembara dan berkelana

Miskin dan papa jadi tradisi

Berenggang dengan anak dan isteri


Biasanya para pejuang

Rumah mereka merata-rata

Rezekinya tidak menentu

Tidur baringnya tak berwaktu


Orang lain membuat harta

Tapi dia membuangnya


Orang lain kawan terbatas

Tapi pejuang kawan merata


Orang lain musuhnya kurang

Pejuang musuh tidak terbilang


Tidak kurang yang sayang padanya

Orang lain mati dilupa

Para pejuang tetap dikenang

Sejarahnya ditulis orang

Makamnya sentiasa diziarahi

Walau perjuangan tak berjaya

Read Full Article

Couple, Produk Terlaris SGSB

Monday, December 8, 2008

Asslamualaikum, bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya dapat saya menyediakan satu artikael yang saya rasa perlu dibaca dan perlu difikirkan kerana kita sebagai seorang mukmin patut mengambil tahu mengenai hal mukmin lain, berpatutan dengan hadis yang bermaksud, telah bersabda Rasulullah S.A.W :

"Barang siapa tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang islam maka dia bukan dari golongan mereka"

Jadi, saya harap artikel yang dipetik dari blog ketua usrah(Al-Akh marbu) saya ini dapat kita kongsi bersama dan dapat kita mengambil mauizah(tauladan) serta mengutip mutiara-mutiara yang terdapat didalam artikel ini agar dapat dipraktikan didalam kehidupan kita kelak . Sekian , terimalah artikel dari teman untuk teman .

Setelah lama bertangguh untuk menulis berkenaan satu produk yang popular daripada Syarikat Gejala Sosial Berhad (SGSB). Dek kerana berasa rendah diri dan bimbang dugaan yang lebih mencabar akan menduga iman senipis kulit bawang ini apabila mengulas tentang produk terlaku ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk menarikan jari di atas papan kekunci laptop kesayangan, Syed Qutb. Saya memberanikan diri membuat artikel ini berikutan ada adik usrah saya yang mengadu berasa kurang selesa dengan promoter dan jurujual daripada syarikat ini yang galak mempromosikan produk penuh berduri mereka.


Produk yang saya maksudkan ialah budaya couple yang menjadi makin serius pada hari ini. Penyakit ini bukan hanya mengenai remaja yang berpeleseran sana-sini dan tidak terdedah kepada tarbiyyah, malah berjangkit kepada mereka yang berada dalam gerakan dakwah dan merupakan aktivis dalam persatuan-persatuan Islam. Entah mengapa, virus ini cukup bersungguh menyerang para du’at terutamanya yang masih bergelar remaja.


Promoter dan jurujual daripada SGSB ini amat menitik beratkan penampilan dalam menemui pelbagai jenis sasaran pengguna. Apabila berhadapan dengan golongan yang mengikuti tarbiyyah dan menyampaikan tarbiyyah, produk mereka dihiasi dengan riben-riben Islam. Ada beberapa panduan tambahan yang dikenakan seperti menyulami sms yang lebih islamik. Begitu juga sewaktu menggunakan alat-alat canggih yang wujud pada zaman hadhari ini.



wanita fitnah para duat...

Bagi mereka yang tertipu, mereka menerima dengan mudah. Namun bagi mereka yang lebih berhati-hati, mereka akan meneliti dan kekadang datang juga perasaan ingin mencuba, akan tetapi cepat-cepat dibuang perasaan tersebut.


Sebenarnya, sudah terlalu banyak mereka yang cakna tentang hal ini, mengulas dan memberi nasihat supaya menjauhi budaya songsang ini. Seperti Ustaz Maszlee Malik dengan artikel popularnya, “Cinta ana enti”, begitu juga daripada pelbagai lapisan. Ada yang menampilkan pendapat dan bahasa yang keras dan tidak kurang juga yang menulis dengan lembut dan bersahaja namun masih bertegas dalam menangani masalah ini.


Bahaya gejala ini akan lebih kelihatan jika disertai oleh para du’at dan aktivis jemaah di pelbagai peringkat sama ada sekolah, kampus mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan Islam. Masakan tidak, keharamannya langsung tidak diperasan jika tidak diteliti dengan sebaiknya kerana mereka tidak berpegang tangan,berdating malah tidak bercakap melalui telefon. Hanya dengan menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang di telefon bimbit, laptop dan alat-alat canggih yang lain.


Nilai islamik yang dimasukkan juga sudah cukup untuk menipu seseorang itu. Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu.


Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah. Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’.

Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.

Pada suatu petang, kira-kira pukul 3 petang, tiga orang rakan saya menziarahi bilik saya di asrama dan mengajak berbincang persoalan couple. Soalan-soalan yang ditimbulkan agak advance dan seakan-akan merestui bahawa tidak menjadi untuk kita bercinta, asalkan mengikut syariat. Tetapi, Alhamdulillah saya mampu menjawab setiap persoalan dengan baik. Segala puji bagi Allah.




Peristiwa itu menyebabkan timbul persoalan baru di benak fikiran saya, “adakah aku seperti yang aku bagi tazkirah sebentar tadi?” Bimbang, kelekaan diri selama ini menyebabkan saya mengambil ringan akan budaya songsang tersebut. Tiba-tiba sahaja sepotong ayat al Quran datang menziarahi jiwa ini, membelai dengan satu arahan dari langit,

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al Baqarah: 44)

“Ya Allah, selamatkanlah diriku dari fitnah yang mencabar ini…”

Read Full Article

HEI PEJUANG MUDA !!!!!!!!

Sajak ini dipetik dari blog ketua usrahku iaitu al-akh marbu , diharap semua pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai mujahid dapat menghayati sajak ini dan sama-sama kita merenung apa yang tersirat didalam sajak ini , terimalah.................................................

HEI PEJUANG MUDA !!!!!!!!!!!

hei pejuang muda,
bangkitlah dirimu dari lena,
demi sebutir permata,
yang terselindung di balik kaca...

hei pejuang muda,
dirimu bukan insan perkasa,
hanya menabur bakti dan jasa,
supaya dipandang Yang Maha Esa...

hei pejuang muda,
ayuh berderap bersama-sama,
senada dan seirama,
mereka di luar memerlukan kita...

hei pejuang muda,
usiamu amat berharga,
bekalanmu mesti berganda-ganda,
supaya kelak tak ditimpa murka...

MarBu,

Read Full Article

Bermulanya Sebuah perjuangan......."jundullah in the making"

Saturday, November 22, 2008



~Kisah ini saya ambil dari blog nakib usrah Ghuraba' iaitu abang Ihsan. Untuk tatapan teman-teman sekalian. Semoga dapat mengambil pengajaran. Indahnya ukhuwwah, bahagianya berusrah, demi kemajuan ummah. Terimalah, di suatu malam, apabila ahli Ghuraba' Corporation bermesyuarat....~


Malam ini, usrah sekali lagi berlangsung dalam bilik saya. Sembang-sembang dakwah, makan-makan ukhuwah dengan sedikit cerita-cerita dari penglipulara.


Saya cuba berkongsi pengalaman membeli laptop baru dengan skim baru, bayar jarang-jarang. Namun atas budi bicara sahabat baik, semuanya berjalan lancar. Akhirnya laptop BENQ yang paling sejuk ini menjadi milik saya.


Jundullah dalam pembinaan.

“ As’ad, minat nta apa?”
“ Eleh Abg Ihsan buat-buat tanya, macam tak tahu pulak..”
“ Ok, cita-cita nta apa..”

“ Ana ingat nak jadi pakar dalam bidang ICT. Kalau boleh, ana nak mahir dari sebesar-besar hardware sehing kepada sekecil-kecil software” , Jelas A’sad panjang tentang minatnya yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat.

“ Nanti kita buat kerjasama, nta jadi manager, ana jadi pereka grafik..tu memang minat ana kan Abg Ihsan..?”Amirul pula mencelah menyatakan minatnya sejak kecil. Bidang lukisan.

“ Lepas tu kita buat kerjasama, kita buka syarikat garfik tau...” gurau As’ad lagi.


Jauh imaginasi mereka. Biarpun jauh, ianya imaginasi yang cemerlang. Perangkaan awal yang bakal menjurus ke arah itu tanpa sedar. Insyaallah, aku akn menjadi pemangkinnya.

“ Alang-alang tubuh syarikat, biar terus jadi syarikat yang besar, buatlah ghuraba’ corp-( nama usrah).” Saya cuba memprovokasi.
Semuanya tergelak.

“ nta Marwan..?”
“ Ana macam Abg Ihsan tengok la.. tapi ana nak ikut ikon ana, Us Zaharuddin dan Tok Guru..” jelas Marwan. Minatnya mendalam dalam bidang syariah dan usul fiqh, juga ekonomi.

“ Wah, ni dah boleh jadi penasihat syariah Ghuraba’ Corp ni..” gurau As’ad lagi.
Sekali lagi tawa berderai.

“ Fakhri!”. “ Nta nak jadi apa..?”
Fakhri yang sedikit pemalu itu agak tersipu untuk menjawab persoalan saya.

“ Ana nak jadi orang biasa jah..ermm, nak jadi peguam syar’ie” tak jadi untuk waqaf di perkataan ‘biasa’ bila membulatkan mata tanda ‘provokasi’ lagi.

“ Haa, yang ni pulak bakal menjadi penasihat undang-undang Ghuraba’ Corp.” Ramai-ramai menyambung.

“ Habis tu, ana nak pegang apa..? saya bertanya.

“ Abang pegang ketua Guard... macam pak guard DQ..” As’ad berseloroh.
Sekali lagi tawa berderai.

Saya tersenyum puas. Biarpun hanya dikurniakan pangkat pak guard kepada Wisma Ghuraba’ nanti.Mereka ada matlamat hidup yang jelas. Saya hanya perlu membentuk dan menggilap karekter mereka. Bukan membunuh karekter atas alasan dakwah.

Insyaallah, Jundullah Thaqafatan W Akhlaqan bakal menggegar dunia.

Read Full Article

Salam Perkenalan kepada Penghuni Penjara Mukmin

Wednesday, October 15, 2008


Alhamdulillah , lautan kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan yang mentadbir alam , dengan izinnya terciptanya blog yang tidak seberapa ini , seterusnya selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita NABI MUHAMMAD S.A.W , kerana dengan usahanya yang disulami dengan pengorbanan, islam dapat tersebar keseluruh nusantara , tidak lupa juga kepada para sahabat yang bertungkus lumus dan bersusah payah dalam memperjuangkan agama ALLAH yakni agama islam yang mulia ini serta sanggup berjauhan dengan keluarga hanya kerana untuk memastikan agama islam terus tersebar keseluruh pelusuk dunia .

Mengapa ana menamakan blog "PENJARA MUKMIN " ? kerana kita sebagai sebagai seorang yang bergelar muslim harus tahu bahawa hidup didunia ini hanya sementara dan kehidupan diakhirat yang akan menanti kita kelak, syurga bagi mereka yang menghuni penjara mukmin dan neraka jahanam bagi mereka yang leka dengan syurga dunia ,nauzubillah. Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakan pemuda pemudi bebas melakukan apa sahaja mereka mahu, contohnya . berzina ,minum, arak ,berjudi, bebas dengan riba' dan sewaktu dengannya . Bagi mereka itu adalah nikmat didunia yang sementara ini. Jadi, itulah diantara asbab utama bagi ana yang bergelar remaja berasa bertanggung jawab untuk membina blog ini untuk dikongsi bersama para remaja yang leka dengan syurga dunia ini. Ana harap dengan terciptanya blog ini para remaja , pemuda dan pemudi, mahasiswa dan mahasiswi seterusnya sesiapa sahaja yang melawati blog ini , ana harap semua dapat mengambil sedikit sebanyak isi-isi, mauizah,ihtimam atau apa sahaja yang ilmu yang terdapat didalam blog ana yang tak seberapa ini. Jika ada silap dan salah , cacat dan cela , yang terdapat didalam blog ana , ana harap antum semua dapat menegur dengan memberi pendapat kerana tidak dapat tidak setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Tidak lupa juga kepada ahli usrah ana yang sanggup datang dari jauh untuk membantu ana menyiap blog ini, ana harap ukhwah diantara kita semua dapat berkekalan sehingga kesyurga InsyaALLAH, tidak lupa juga kepada semua adik-adik ana di Darul Ulum dan semua rakan-rakan seperjuangan di Darul Quran, ana doakan persahabatan dan tali persaudaraan antara kite kekal hingga ke syurga Insya ALLAH , akhir kata ahlan wa sahlan wa marhaban bikum dan selamat datang ke PENJARAMUKMIN.blogspot.

" UKHWAH FILLAH"
Sekian, salam perkenalan.


Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP