Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

FAHAM...

Monday, October 12, 2009

Salam pertemuan kepada semua kepada semua penghuni blog…

Kalau kita ingin menguasai sesuatu perkara itu, tidak dapat tidak kita perlu menguasai melalui satu proses yang dinamakan “pemahaman”.

Jika kita gagal untuk memahaminya ianya adalah satu perkara yang boleh saya klasifikasikan sebagai pekerjaan yang sia-sia.



“Kenapa kita perlu solat…?”

“Kenapa kita perlu berpuasa…?”

“Kenapa kita perlu patuhi suruhan itu…?”

“Mengapa kita perlu mentaati arahan ini…?”

Segala persoalan diatas semuanya hendaklah berpaksikan dengan satu proses “pemahaman”.

Bertepatanlah dengan apa yang dibawa oleh seorang mujaddid yang tidak asing lagi dibenak fikiran semua muslim yang mencintai islam iaitu Assyahid Imam Hassan al-Banna didalam rukun bai’ahnya dimana beliau meletakkan rukun yang pertama yang harus dihadamkan ialah “al-Fahmu” iaitu faham.

Sudah jelaslah bahawa kita semua khususnya kepada semua pendokong agama islam perlu memahami setiap perkara yang berkaitan dengan islam agar kita semua tidak membabi buta membuat sesuatu perkara tambahan pula ramai dikalangan kita pada hari ini banyak mengikuti sesuatu isu tanpa mengkaji dimana dan bagaimana punca sesuatu isu itu berlaku…

Jadi, sekali lagi saya menyeru kepada semua agar mari kita mengislah dan bermuhasabah semula sejauh mana kita memahami sesuatu perkara itu kerana tanpa memahaminya, segala tindak tanduk kita mungkin akan dipandu oleh musuh utama kita iaitu syaitan laknatullah nauzubiLLAH.

Mari kita semua menjernihkan semula fikrah kita agar kita semua berada dijalan yang benar dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berada didalam satu pergerakan yang jelas (muslim haraki)...

SALAM PENJERNIHAN FIKRAH....

Read Full Article

SALAM KEMAAFAN (DELAY)...

Friday, September 25, 2009

Salam Eid Mubarak kepada semua penghuni penjaramukmin.....

Mungkin terlalu lewat bagi saya untuk mengucapkan kepada semua, tetapi dengan rendah diri, diri ini menyusun sepuluh jari ingin memohon seINFINITY kemaafan kepada semua pengunjung blog ini, khususnya mahasiswa/wi yang tidak jemu memperjuangkan agama ALLAH ini, para pimpinan yang menegakkan kalimah ALLAH tidak kira diperigkat kampus mahupun diperingkat atasan, para pensyarah, guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada anak muridnya yang banyak dosa ini, sahabat-sahabat DARUL ULUM, sahabat-sahabat DARUL QURAN (yang masih terikat dengan final exam), serta semua yang saya terlupa untuk senaraikan namanya...Semoga dengan pemergian kekasih kita yang bernama Ramadhan ini meniggalkan kepada kita buah tangan TAQWA...i'ALLAH


SALAM EIDUL FITRI KEPADA SEMUA PENGHUNI
PENJARAMUKMIN.BLOGSPOT.COM

Read Full Article

Salam Penghujung Ramadhan....

Friday, September 18, 2009


Salam penghujung Ramadhan buat semua penhuni penjaramukmin.blogspot saya ucapkan.Setelah sebulan kita ditarbiyah didalam kampus Ramadhan, moga kita semua diGRADUANkan dengan segolong ijazah khas diploma TAQWA.
Persoalan yang timbul, adakah kita akan bertemu lagi KEKASIH istimewa ini pada tahun yang akan datang.Jadi, sebelum dia meninggal kita marilah kita memanfaatkan sebaik mungkin baki yang ada ini agar kita semua antara golongan yang terpilih olehNYA untuk merangkul piala TAQWA yang dianjurkan olehNYA.....insyaALLAH.


"Ya ALLAH kau temukanlah kami pada Ramadhan yang akan datang.... AMEEN"

Read Full Article

"ALLAHumma bariklana fi RAMADHAN......"

Friday, August 21, 2009




Salam pertemuan dan salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot.com, setelah sekian lamanya tidak meng'UPDATE' blog ini akhirnya dengan izinNYA dapat juga penulis menghantar sedikit jika nak dikatakan artikel tidak juga cuma sedikit hasil karya ilahi kepada hambanya untuk digunakan sedikit sebanyak sebagai satu wasilah yakni cara untuk berdakwah...i'ALLAH

Marilah kita semua merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada ilahi kerana dengan qudratNYA dapat lagi kita bertemu buat kesekian kalinya dengan bulan yang mulia dimana pada bulan ini berlaku pelbagai bersejarah didalam sejarah islamantaranya peristiwa turunnya kitab AL-Quran yakni kitab agung yang menjadi pegangan oleh semua manusia yang yang bergelar mukmin...

Jika si'ISTERI' ingin menyambut kepulangan si'SUAMI'nya yang sudah lama tidak pulang kerumah dengan persiapan yang ala kadar... sudah semestinya dengan persiapan yang cukup rapi, begitu juga dengan kita, ramadhan yang telah meninggalkan kita 11 bulan lamanya kini sudah pulang , persoalannya adakah persiapan untuk menyambut kepulangan sudah cukup rapi .......???

Harapan dari penulis agar semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin kepulangan Ramadhan kali ini kerana kita tidak tahu lagi adakah kita bakal menyambut kePULANGAN anNYA ataupun sebaliknya....

Bulan yang sama , natijah yang berbeza.........insyaALLAH

ALLAHumma bariklana fi RAMADHAN......

*karya kerdil dari penulis khas buat semua penghuni blog ini..........






Read Full Article

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA...........

Sunday, July 5, 2009



InsyaALLAH, pada 11.7.2009 ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia(GAMIS)akan mengadakan Kongres Pertama Rejuvinasi pendidikan Islam Negara (KO-SPIN'09).
Harapan kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot dapat menyebarkan maklumat ini kepada semua..............salam harapan


"Misi menyelamatkan anak muda"

Read Full Article

Dasar Pendidikan Nasional “Penjana” Generasi Harapan

Tuesday, June 2, 2009

“ Keunggulan sesebuah tamadun terletak pada keunggulan akhlak umatnya ”, demikian menurut sebuah pepatah Arab. Peningkatan mendadak kes jenayah yang berlaku khususnya dalam kalangan remaja seolah-olah tidak berpenghujung dan membingungkan pelbagai pihak. Jenayah rogol, samun, seks bebas dan lain-lain semakin sebati dengan identiti golongan yang bergelar remaja. Kita sering dilaungkan dengan slogan, “ Remaja Harapan Bangsa ”, “Remaja Aset Kepemimpinan Negara ” dan banyak lagi. Namun begitu, kondisi semasa akhlak remaja kita seolah-olah membayangkan keruntuhan institusi pemerintahan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Di mana silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan?.

Dasar kolonialisme yang melanda negara suatu masa dahulu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Puak kolonialis yang kononnya ingin membangkitkan kesedaran membina negara sebenarnya telah memperkudakan ‘kita’ untuk merealisasikan hasrat ‘murni’ mereka. Mereka berkuasa menetapkan dasar-dasar negara yang menjadi tunjang halatuju sesebuah negara. Dasar yang dilaksanakan di negara mereka menjadi acuan dalam merangka sistem dan perlembagaan negara ini pada ketika itu. Seterusnya masyarakat kita diracun pula dengan pelbagai isme yang melengkapkan agenda penjajahan golongan ‘berjasa’ ini. Dasar sekularisme yang didokong oleh penjajah berjaya menidakkan keperluan agama dalam segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi sosial dan pendidikan.

Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sebagai indikator utama tanpa memberi keutamaan terhadap aspek keagamaan telah berjaya melahirkan generasi demi generasi yang diimpikan oleh puak kolonialis ini. Contohnya, subjek Sains yang diajar seolah-olah bukan sahaja menidakkan kekuasaan dan peranan Allah dalam segala kejadian yang berlaku bahkan cuba menonjolkan kehebatan tokoh-tokoh barat dalam pelbagai penemuan baru sehingga generasi kita tidak pernah tahu sumbangan besar tokoh-tokoh Islam seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan lain-lain dalam pelbagai bidang ilmu. Ketidakseimbangan elemen pendidikan antara aspek rohani, jasmani dan akal dalam sistem pendidikan melahirkan individu yang dulu, kini dan selamanya mencetuskan masalah kepada masyarakat dan negara.

Pelbagai solusi telah dibentangkan namun setiap usaha akan menemui jalan buntu selagi kita terus-menerus memisahkan agama dari pendidikan. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh penjajah melalui kempen budaya hedonisme terus melenyapkan jati diri remaja hari ini sehingga mematikan terus fungsi pendidikan sedia ada itu sendiri. Lebih menyedihkan, ‘segelintir’ daripada kita turut rancak menjayakan misi ‘membina’ remaja harapan ini dengan menghidangkan pelbagai program realiti TV buat tatapan rakyat tercinta. Kerajaan sedia ada perlu sedar akan kepentingan sistem pendidikan berteraskan Islam di semua peringkat sebagai solusi terhadap kebejatan sosial yang melanda generasi muda hari ini.

Oleh itu , pertubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), telah mencari alternatif lain untuk kerajaan yang sedia ada dengan menyediakan pentas bagi menghimpunkan seluruh sarjanawan pendidikan dan para pemikir disegenap sektor kerajaan mahupun swasta, rasmi ataupun tidak rasmi, bagi membahaskan dan meresolusikan sebuah kertas kerja cadangan formula reformasi yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, ialah dengan mengadakan Kongres Rejuvinasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diakan pada 11 Julai ini. GAMIS berharap dengan mengadakan kongres rejuvinasi ini mampu mengeluarkan kerajaan dari ketidaktepatan pendefinisian masalah , kebuntuan jalan penyelesaian yang diambil lebih penting memberikan impak “political will” yang tinggi untuk kerajaan membuat post-mortem secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara.

Ini adalah satu-satunya benteng terakhir paling realistik untuk kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan generasi muda pada masa kini dan seterusnya mengharapkan sistem pendidikan dapat dijadikan sebagai penjana “Generasi Harapan” yang diidam-idamkan.

Read Full Article

Karya kerdilku...

Wednesday, April 8, 2009

Salam pertemuan buat kesekian kalinya kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot.com yang tidak jemu-jemu menziarahi blog yang serba serbi dengan kekurangan.Maaf jika buah fikiran yang disandarkan kepada diri yang hina ini tidak memberi satu pengisian yang mantap , tetapi cukup sekadar perkongsian bersama.

Setiap yang hidup, pasti akan mati , setiap yang muda pasti akan tua , begitu juga kehidupanku di kampus , yang tua pasti akan meninggalkan yang muda dan yang muda mesti meneruskan rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh abang-abang. Untuk pertemuan kali ini suka saya ingin berkongsi hasil karya yang mungkin sedikit sebanyak dapat digunakan oleh para da’e untuk berdakwah pada jalan ALLAH s.w.t . Terimalah KARYA KERDILKU INI……

Align Center

Trademark usrahku.........GHURABA', kepada semua khususnya kepada pemuda dan pemudi ingatlah bahawasanya islam itu bermula dengan dagang(pelik), pelik yang yang dimaksudkan bukan pelik dengan akhlak yang rosak tetapi pelik yang dimaksudkan berani melakukan pembaharuan menuju KHILAFAH ISLAMIYAH........

"Teman kita pada hari ini akan menentukan siapa kita pada hari-hari yang akan datang, Persoalannya adakah kita sudah memilih teman yang terbaik ? atau sebaliknya.....

Apabila dilahirkan dimuka bumi ini kita semua sudah diberi satu tugas sebagaimana disebut didalam kalamuLLAH didalam surah Al-baqarah ayat 30 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

Jadi, kepada semua yang bergelar penghuni penjara mukmin , adakah kita semua sudah bersedia untuk bekorban seluruh jiwa dan raga untuk menegakkan syiar islam demi kebahagiaan di RAUDATUL JANNAH kelak.....

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi, jumpa lagi...................

Read Full Article

KISAH BUAT PERINDU SYAHID

Saturday, March 14, 2009

Salam buat kesekian kalinya kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot.com. Kali ini penulis ingin berkongsi satu kisah yang diambil dari alaisyah.blogspot.com. Ianya berkisahkan tentang AINUL MARDIAH, bidadari yang dijanjikan buat mereka yang syahid dijalan ALLAH. Jadi, diharap kepada semua penghuni blog yang kerdil ini dapat memanfaat kisah ini.

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi S.A.W memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabatuntuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi S.A.W kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor, sunnah Nabi S.A.W jika tidur sebentar (yang dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....






Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yangberseri2 lalu bertanya kpd lelaki itu, dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjukkannya ke suatu arah. Maka pemuda tersebut berjalan... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan sebegitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab, ehh tidakk... saya khadam kepada Ainul Mardhiah...Dia ada di dalam singgahsana sana.






Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi, adakah dia Ainul Mardiah. Lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yangberganda-ganda cantik dari yang pertama danberganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Nantiii, kamu belum syahid lagiiii..." Pemuda itu tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada Nabi S.A.W.






Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang, lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telahbangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi S.A.W yang syahid tadi... dalam menceritakan itu, Nabi S.A.W menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....




Wallahu a'lam...

*http://alaisyah.blogspot.com/

Read Full Article

PERKONGSIAN BUAT SI PECINTA WANITA...........

Wednesday, March 4, 2009

"Ingin meruntuhkan jahiliah jangan sampai kamu membina jahiliah yang baru” , itulah pesan murabbiku sewaktu diri yang kosong ini mula-mula berkecimpung dalam bidang berpesatuan. Jika kita lihat pada hari, remaja-remaja banyak terlibat dengan masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan (couple). Namun begitu, kebanyakan kepada daripada remaja-remaja yang berlatarbelakangkan agama juga terlibat dengan gejala ini. Kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku ???

Berdasarkan pengalaman, gejala in banyak berlaku kepada mereka bergelar para da’e. Mereka ingin menegur orang agar menjauhkan diri dari maksiat, tetapi diri sendiri masih terjebak dalam masalah tersebut.
Kebanyakan daripada mereka memikirkan bahawa tidak menjadi masalah jika mereka jika bercouple kerana masing-masing mempunyai didikan agama yang cukup tetapi agak malang kerana dalam masa yang sama mereka tidak sedar diri masing-masing sudah dikuasai dengan nafsu syaitan laknatullah, wanauzubillah.

Sewaktu didalam perjalanan pulang kekampung halaman, diri yang hina ditakdirkan oleh ALLAH berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari negeri jelapang padi. Apabila masing-masing sudah berta'ruf, berdasarkan pemakaian saya, beliau terus mengajukan soalan , "Adik belajar kat mana ?", tanya beliau. Diri yang hina ini tidak boleh menipu lagi lantas menjawab "Darul Quran , JAKIM". Dipendekkan cerita, pemuda tersebut mengeluarkan satu pandangan "adik, abang ni bukannya faqih dalam bidang agama tapi pada pendapat abang kebanyakan orang yang macam adik tidak terlibat dengan masalah mencuri,memukul,merompak,dan sebagainya, tapi yang abang sedihnya mereka banyak terleka dengan insan yang bernama wanita" . Begitulah sedikit pengalaman yang mungkin dapat dikongsi bersama penghuni blog ini. mungkin kejadian ini menyebabkan diri yang hina ini menulis artikel ini.

“Ingin memiliki khadijah tetapi lupa untuk mencontohi rasuluLLAH s.a.w.”

Perumpamaan diatas dapat saya kaitkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Mereka ingin mencari wanita-wanita solehah tetapi mereka terlupa untuk menjadi yang soleh terdahulu.
Ingatlah wahai insan yang bergelar syabab atau fityah, nabi s.a.w. ada menyebut bahawa antara fitnah terbesar didunia ini ialah نساء

Read Full Article

SAJAK BUAT SANG PEDAGANG

Tuesday, March 3, 2009


"GHURABA' ?????", ramai sahabat-sahabat tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ghuraba' bersempena dengan nama usrah kami. Ghuraba' adalah dagang yakni pelik . ianya ditujukan remaja yang siang malamnya mengingati yang Maha Esa. Jadi, untuk penjelasan yang lebih jelas saya ingin berkongsi bersama dengan penghuni blog yang kerdil ini satu sajak yang diadaptasikan dari lagu arab. wallahua'lam, ianya dicopykan dari blog sahabiah ana. Sama -sama kita hayatinya, terimalah SAJAK BUAT SANG PEDAGANG...........

قال رسول الله صلى الله عليه والسلم
بدأ الاسلام غريبا و سيعود غريبا كما بدأ
فطوبى للغرباء

sabda Rasulullah SAW:


"Islam bermula dengan dagang, dan akan kembali dagang, maka beruntunglah orang-orang yang dagang"


...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


غرباء ولغيرالله لا نحنى الجباة

ghurabaa' tidak sujud kepada selain Allah


غرباء وارتضينا ها شعارا للحياة

ghurabaa' telah memilih ini sebagai syiar (lambang) kehidupan


أن تسأل عنا فأنا لا نبال بالتغاة

sekiranya kamu bertanya tentang kami, sesungguhnya kami tidak kisah akan pemerintah yang zalim


نحن جندالله دوما دربنا درب الأباة

kami tentera Allah, jalan kami jalan yang telah ditempah



...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود

kami tidak peduli akan rantaian yang mengikat, kami akan terus mara untuk akhirnya


فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد

maka marilah kita berjuang dan berlawan serta berperang dari langkah terawal


غرباء...هكذا الاحرارفي دنيا العبيد

ghurabaa'...inilah kemerdekaan dalam dunia hamba


...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...


كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء

berapa kalikah waktu gembira yang dapat kita ingat


بكتاب الله نتلوه صباحا ومساء

dalam kitab Allah, kita membacanya pagi dan petang



...غرباء...غرباء...غرباء...غرباء

ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...ghurabaa'...

Read Full Article

MENGKAJI SEBELUM MENGKRITIK

Wednesday, February 25, 2009

Alhamdulillah baru-baru ini selesai juga ujian syafawi yang seakan-akan mengejar duniawi dan hari ini selesai satu ujian yang agak tertekan juga, tetapi apapun terima kasih tidak terhingga kepada ilahi memberikan ketenangan kepada diri hambanya yang banyak melakukan kesilapan ini. Ini adalah artikel yang julung-julung kalinya diterbitkan oleh diri yang bergelar AMIR AL-GHONIE, kalau ada silap diharap dapat memberi komen.

Mengapa dan kenapa diri yang hina ini menulis artikel mengenai hal ini. Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakan daripada manusia zaman kini hanya mampu menjadi penyokong bola sepak dan hanya sedikit yang mampu menjadi pengurus bola walhal kebanyakan daripada mereka adalah dari golongan yang mahir dan berpengalaman tetapi masih tidak mampu untuk menguasainya dengan baik.


Kenyataan diatas dapat saya kaitkan dengan kata-kata seorang pakar motivasi dari barat iaitu Steven R.Covey didalam bukunya yang berjudul “Seven Habit of Highly Effective People” yang berbunyi
“Seek first to understand and then to be understood”
Bertepatanlah dengan apa yang telah disampaikan oleh pakar motivasi barat ini, kita perlu cuba untuk memahami dahulu seseorang itu kemudian baru senang untuk difahami. Lebih kurang macam tu la maksudnya, maklumlah esok kertas bahasa inggeris, kenalah berlatih sikit, maklumlah diri penulis ni sangat lemah dengan bahasa ini. Apapun, walaupun kata-kata ini disampakan oleh barat kita perlu pandai unuk mengambilnya sebagai hikmah dalam berdakwah kerana
“Hikmah itu adalah hak orang mukmin yang tercicir, dimana sahaja ia berada, ianya adalah hak kita orang mukmin untuk memilikinya.”

Naqib saya pernah dikritik teruk oleh pengunjung blognya yang saya rasa mungkin hamba ALLAH ini sengaja ingin mengujinya didalam blognya.Apa yang saya tertarik dengan jawapan yang dilontarkan kepada pengunjungnya itu cukup-cukup ringkas iaitu kita ini sebagai seorang yang berpendidikan (mahasiswa) harus cuba untuk berfikir seperti YDP (yang dipertua) tetapi berkerja seperti oleh itu sudah jelas bahawa seseorang itu perlulah berfikir secukup yang mungkin sebelum melemparkan sesuatu kritikan kerana ciri-ciri orang yang proaktif adalah cuba berfikir untuk menyelesaikan masalah, bukan berfikir untuk menambahkan lagi masalah.

Read Full Article

GHURABA'

Saturday, February 14, 2009

Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP