Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

Kembara Jalan-jalan Cari Ilmu...

Monday, March 22, 2010

Antara penemuan yang dapat hasil daripada penelitian selama dua hari...

AlhamduliLLAH...baru-baru ini ALLAH telah memudahkan diri ini pergi dan pulang dari kembara mencari ilmu atau saya namakannya "Kembara Jalan-jalan Cari Ilmu". Kembra selama dua hari ini penuh kenangan dengan ditemani dua adik-beradik seperjuangan saya iaitu Marwan dan Azizul yang masing-masing mempunyai hobi yang sama dengan saya iaitu membaca. Dua hari yag ada kami gunakan dengan sebik-baiknya untuk mencari ilmu dan cuba untuk menghidupkan budaya ilmu ditengah kota metropolitan dimana manusia sedang leka dengan arus peredaraan zaman.





Menghidupkan budaya ilmu ditengah-tengah bandar...

Duit yang ada jika dikira-kira memang tidak mencukupi kerana banyak lagi yang perlu digunakan dengan yuran persatuan, yuran batch dan sebainya tetapi ianya tidak menghalang diri ini dari meneruskan niat untuk mencari dan menambahkan thaqofah yang jika ditimbang-timbang masih ditahap bertatih(bayi nak belajar berjalan).

MUHASABAH BUAT SEMUA

"Mencari ilmu itu diibaratkan seperti seorang ibu yang mencari anak tunggalnya yang hilang"

Imam Syafie

Begitulah perumpamaan yang telah dibuat imam mazhab yang masyhur berkenaan dengan kepentingan menuntut dan mencari ilmu. Persoalannya sejauh mana kita punya usaha untuk mencari ilmu. Adakah hanya cukup kita mencarinya dikuliah yang terdapat jam kredit disitu atau hanya ketika pada ceramah-ceramah yang diwajibkan pensyarah atau mana-mana pihak. Bukan nabi yang kita sambut kelahirannya dengan berarak ada bersabda:-

"Barang siapa yang dikehendaki oleh ALLAH, maka diberi kefahaman oleh ALLAH kepada agamanya"

Adakah sudah cukup usaha kita untuk mendapat kefahaman ilmu agama jika hanya sekadar dengan berada dalam situasi diatas...?...Renung-renungkan...

Sehari sebelum perjalanan kami bermula saya menerima satu mesej yang saya kira perlu untuk dikongsi pada semua sahabat. Ianya berbunyi...

Ramai yang mengatakan bahawa hobinya adalah membaca.
Betul ke ?,
Saya melihat banyak yang berkata begitu hanya suka membeli buku dan kemudian ia susun dirak dan kemudian beli lagi.
Ianya memberi pelbagai alasan untuk tidak membaca tetapi ia tetap berkata "hobiku tetap membaca".
Seorang itu tidak jahil selagi ia berusaha, tetapi ia akan menjadi jahil apabila ia berhenti berusaha...
Membaca bukanlah segala-galanya untuk mendapat ilmu tetapi kunci bagi segala ilmu ialah membaca iaitu hasil dari perkataan (IQRA')...

Membaca bukanlah diukur daripada berapa banyak buku yang dibelinya, ianya juga bukan dilihat daripada berapa banyak pointer yang diperolehi tetapi ianya dilihat daripada berapa banyak kefaman yang diperolehi dan dari kefahaman itu akan wujudnya perbuatan iaitu dengan ilmu yang diperolehi akan memberi manfaat kepada orang lain.

"Sebaik-baik manusia itu ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain"





Read Full Article

Akademi Kesyumulan Islam, kearah merekonstruksi Khilafah Islam

Thursday, March 18, 2010

Baru-baru ini Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) dengan kerjasama Kelab Fasilitator Darul Quran (KEFDA) telah berjaya menganjurkan satu program pra-tarbiyah. Ianya dinamakn Program Akademi kesyumulan Islam 2010 (AKI’10). Saya kira ianya adalah salah satu daripada cabang untuk kita merekonstruksi (membina semula) khilafah islamiyah yang sudah lama jatuh.




Generasi Harapan


Tumpuan pelajar bagi program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut dimana jika kita lihat ianya semua terdiri daripada golongan muda. Golongan ini perlu diambil perhatian kerana mereka adalah generasi yang digelar generasi harapan. Mengapa saya berpendapat sebegini. Ini kerana jika kita lihat pada hari ini, majoriti dari golongan ini, masing-masing tergelincir dari orbit yang berpaksikan aqidah sedangkan jika lihat pada sejarah pada golongan-golongan inilah diantara pemangkin kebangkitan khilafah islamiyah. Contoh yang paling mudah diambil ialah Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya membuka konstantinopel pada umur kira-kira 19 hingga 21 tahun. Ini bererti generasi-generasi ini memainkan peranan yang cukup besar didalam usaha untuk merekonstruksikan semula daulah islam itu sendiri seterusnya terdirinya khilafah islamiyah.

Sensitiviti (KESEDARAN)

Pelbagai modul telah disampaikan kepada peserta. Semuanya bertujuan untuk menjatuhkan ego dan yang paling utamanya ialah ingin melahirkan sensitiviti iaitu kesedaran peserta terhadap tanggungjawab mereka yang bergelar generasi harapan yang merekonstruksikan semula daulah islam yang sudah lama roboh. Sensitiviti cukup penting, ini kerana jika tiada sensitiviti maka susah untuk adik-adik ini menyedari akan peranan mereka yang cukup besar ini. Jika kita lihat pada hari ini kerana tiada unsur inilah kebanyakan anak-anak muda pada hari ini alpa dan terus leka dengan perasaan yang nabi Muhammad s.a.w sebut akan terjadi pada akhir zaman ini iaitu حبّ الدنياء iaitu cintakan dunia. Apabila terlalu cintakan dunia maka mereka hidup dalam keadaan mementingkan diri sendiri dan terus jauh dari orbit yang berpaksikan aqidah.


Melengkapkan

Program ini juga tidak lain tidak bukan adalah untuk membentuk generasi-generasi yang mempunyai peribadi muslim dalam diri masing-masing. Elemen ini cukup penting untuk meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu seperti berikut :-

1. Peribadi muslim
2. keluarga muslim
3. Masyarakat muslim
4. Negara muslim
5. Tamadun islam


Peringkat-peringkat yang saya senaraikan diatas adalah peringkat pembentukan Khilafah islamiyah tetapi jika kita lihat baik-baik ianya tidak akan lengkap jika tidak bermula dengan peringkat yang pertama iaitu peringkat pembentukan peribadi muslim. Jadi, program AKI ini salah satu wasilah untuk pembentukan peribadi muslim yang menjadi akar kearah merekonstruksikan semula khilafah islamiyah.
Ayuh wahai pemuda islam diseluruh dunia mari kita selamatkan generasi harapan yang semakin hari semakin jauh dari hidayah ALLAH, korbankan masamu kerana kemungkinan besar dengan pengornanmu yang sedikit itu menjadi hujjah didepan ALLAH pada hari penghitungan nanti kerana ingatlah bahawa nama kita sudah tertulis disyurga dan duneraka, atas kita memilih diantara kedua-duanya.

Ya ALLAH jauhkanlah kami semua dari azab api nerakaMU.


Generasi al-Fateh in progress

Semangat Aisyah Humaira'

Kami adalah sebaik-baik manusia...


Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP