Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

KERANA CINTA...

Friday, August 27, 2010

Salam ramadhan kareem kepada semua pengunjung penjaramukmin, semoga ramadhan kali ini memberi seinfiniti makna buat kita selaku insan yang mengharapkan kasih ilahi.

Dalam kita melaksanakan segala ibadah wajib mahupun yang sunat di bulan puasa ini, adakah kita semua sudah betul-betul mengikhlaskan niat kita ataupun kita melaksanakan hanya kerana terpaksa, kerana ianya adalah satu perintah, hanya untuk cukup syarat sah.

Kisah 4 orang anak dara

Seorang ayah ini menyuruh empat orang anak daranya mengambil segelas air pada waktu yang sama iaitu ketika pulang dari melakukan solat sunat terawih tetapi pada malam yang berbeza-beza.

Malam pertama


Si ayah ini menyuruh anak daranya yang sulung atau sinonim dengan panggilan Kak Long pegi mengambil air segelas untuk dihadangkan kepadanya.

Air yang dipesan tadi selamat sampai ke ruangtamu dan dihidangkan.

Sebaik sahaja dihidangkan, satu persoalan yang dilontarkan kepada si ayah...

" Ayah, takde orang lain ke yang ayah boleh minta tolong ???", pertanyaan ditimbulkan dengan nada mengeluh.

"Kan adik-adik ada...",tambanya lalu beredar dengan menghentakkan kakinya ke lantai.

Malam kedua

Si ayah ini melakukan perkara yang sama cuma mangsa yang berbeza. Kali ini giliran anak daranya yang kedua pula ataupun kebiasaannya digelar 'Kak Ngah'.

" Kak Ngah, tolong ambilkan ayah segelas air...",pintanya sambil tersenyum manis.

Lalu si anak ini terus bergerak ke dapur untuk melaksanakan apa yang diarahakan oleh ayahnya sebentar tadi.

Air siap dihidangkan tapi satu permintaan yang diajukan oleh 'Kak Ngah'...

"Ayah sebelum minum ni kene bagi seringgit dulu, upah ambil air",katanya sambil menghulurkan tangan.

Tersenyum lagi si ayah ini melihat gelagat anak keduanya ini.

Malam yang ketiga

Macam biasa, situasi yang sama yang berlaku cuma kali ini agak berbeza kerana mangsanya kali ini cukup misteri.

Mangsa yang misteri yang dimaksudkan adalah anak dara yang ketiganya, 'Kak De'.

Tanpa disedari air sudah berada diatas meja dan kuih siap dihidang, tetapi penghidangnya sudah lesap, barang kali takut dengan bapanya.

Malam yang keempat

Pada malam ini berbeza dengan malam-malam yang sebelumnya. Si ayah ini disambut oleh anak yang keempatnya iaitu 'Kak Su' yang baru pulang dari kampus dengan segelas air 'RADIX' panas beserta dengan sedikit makanan ringan yang sudah terhidang diatas meja.

"Ayah letih. biar 'Kak Su' urutkan ayah", sapa 'Kak Su' sambil mengurut ayahnya.


Berlepas ke luar negara...

Si ayah dan ibu tadi telah mendapat peluang untuk melancong ke luar negara. Sebelum berlepas, keempat-empat anak daranya tadi meminta agar membelikan beg tangan untuk mereka, lalu bapanya memberi respon kepada keempat-empat anak daranya tadi.

Kak Long

"Tengoklah kalau ayah sempat belikan, kenapa tak suruh mak kamu yang belikan", kata si ayah kepada anak pertamanya.

Kak Ngah

"Boleh, tapi kene guna duit kamu la, kan kamu selalu minta duit kat ayah", respon si ayah kepada anak daranya yang kedua.

Kak De

"Kak de nak yang macam mana yang berbunga ataupun yang biasa-biasa je", tanya si ayah kepada anak daranya yang takut-takut dengannya.

Kak Su

"Nak beg je, barang-barang lain kan banyak lagi, baju ke ? jam tangan ke ? bukan senang ayah nak ke luar negara ni", tanya si ayah kepada anak bonsunya dengan penuh harapan.

Berbuat amal ibadah kerana CINTA kepada-NYA

Cerita ringkas yang saya bawakan ini adalah satu analogi (perumpamaan), terhadap segala amalan ibadah yang kita laksanakan.

Ada manusia melakukan amal ibadah kerana ianya hanya satu perintah.

Tahap yang seterusnya, amal ibadah itu dilakukan hanya semata-mata mengharapkan pembalasan dari-ALLAH.

Kata-kata ulama', jika manusia itu melakukan amal ibadah kerana takut kepada-NYA, maka itu adalah permulaan ikhlas.

Lagi tinggi martabat seseorang hamba itu apabila dia melakukan amal ibadah kerana rasa cintanya kepada ALLAH sebagaimana seorang lelaki yang kemaruk dengan cinta kepada seorang perempuan bahkan lebih dari itu. Kata ulama', inilah kemuncak ikhlas.

Balasan

Jika kita lihat penghujung kisah di atas, si ayah itu memberi respon yang berbeza kepada keempat-empat orang anaknya. Begitu juga dengan ALLAH s.w.t., balasan yang diberikan pasti berbeza-beza kepada hamba-hamba-NYA.

Jadi, saya menyeru kepada semua penghuni penjaramukmin sekalian, ayuh kita semua perbaiki niat kita, jika dahulu kita melakukan amal ibadah hanya kerana perintah dan balasan-NYA semata-mata, ayuh kita naik tarafkannya niat kita agar rasa cinta itu timbul dalam hati kita dan apabila timbulnya rasa cinta itu, maka tiada siapa lagi yang mampu menggugat kita kerana yang berada dalam hati kita tiada yang lain melainkan ALLAH s.w.t.

AMIR AL-GHONIE
3.32 pagi
cheras


Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP