Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

JAGA-JAGA YAHUDI...TENTERA MUHAMMAD SUDAH TIBA !!!

Tuesday, October 12, 2010

Peserta dan penggerak GEN-Q '10

Alhamdulillah, ucapan syukur kepada Yang Memberi Syukur dilafazkan dengan penuh kehambaan.

Baru-baru ini selesai sudah satu episod baru di dalam siri pentarbiyahan buat diriku dan adik beradik sekolah lamaku Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Terlaksananya satu program pra pengenalan tarbiyah ataupun muqaddimah kepemimpinan generasi Al-Quran.

Program ini dinamakan Kem Kepemimpinan Generasi Quranic 2010 (GEN-Q '10). Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari 18 pemuda islam dan 13 srikandi islam.

Terima kasih diucapkan kepada penggerak-penggerak program yang terdiri daripada alumni sekolah, abang-abang dan kakak-kakak Darul Quran yang sudi meluangkan masa bersama adik-adik yang dahagakan ilmu ini. Moga-moga kamu semua mendapat imbalan yang setimpalnya disisi Yang Maha Pemberi Rahmat.

AKAR

Satu keunikan buat adik-adik ini.

Kerana apa saya membuat tanggapan sebegini rupa. Ini kerana mereka berbeza dengan adik-adik yang lain. Mereka memegang satu amanah yang tidak mampu dipikul oleh manusia lain.

Meraka memegang Al-Quran, mereka menghafalnya, merekalah yang dipilih untuk menjaganya.

Saya boleh buat analogi bahawa mereka adalah akar kepada seluruh sekolah yang wujud di Pahang ini khusunya dan di Malaysia umumnya.

Jika akar tidak dijaga dengan baik, saya kira rosaklah seluruh intitusi pendidikan yang lain.

Keadaan ini tidak akan berubah, jika di sebuah kampus itu terdapat manusia yang menjaga Al-Quran, saya akan kata ianya adalah akar kepada kampus-kampus yang lain.

Jika di tempat itu berlaku perkara maksiat, maka tidak mustahil ianya berlaku di kampus yang biasa.

Samalah seperti adik-adik ini, jika kita tidak bentuk dengan baik, maka tidak mustahil jika kita mendengar fakta yang terkini sudah separuh bahkan lebih dari separuh dari remaja perempuan pada hari ini sudah tidak berdara.

Kemana perginya generasi yang membawa hukum ALLAH s.w.t. ini ???

Adakah berdiam diri ???

Atau terlibat sekali ???

Jadi sebab itulah mereka ini perlu berfasi agar hidup lebih bermurabbi.

SEJARAH

Kita sudah tidak asing lagi dengan nama Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sudah biasa dengan Salahuddin Al-Ayubi.

Assyahid Imam Hassan Al-Banna apatah lagi.

Syed Qutb yang jauh dengan duniawi.

Sejarah merakamkan mereka semua adalah penghafal Al-Quran sejak kecil lagi.

Ini membuktikan generasi Al-Quran bukan sahaja duduk di tiang-tiang masjid ataupun di program-program tahlil, tetapi mereka sepatutnya berada dalam barisan hadapan bersama pemimpin negara.

Pemikiran mereka cukup teratur sebagaimana mereka mengatur ayat-ayat yang hendak dihafal.

Pergerakannya cukup strategik sebagaimana strategiknya dia menjaga hafazannya.

FASA KELIMA


Sudah tiba masanya. Jika kita lihat kembali, selepas tibanya Nabi Muhammad s.a.w., akan berlaku 5 fasa besar dalam sejarah.

Fasa pertama adalah fasa kebangkitan Islam.

Fasa yang kedua adalah zaman kepemimpinan Islam iaitu era Khulafa' Ar-Rasyidin.

Seterusnya fasa yang ketiga ialah zaman kejatuhan kerajaan Islam iaitu era jatuhnya kerajaan Islam yang terakhir uthmaniyah.

Zaman kini, adalah fasa yang keempat, era kejatuhan Islam dan jika kita lihat, sehingga kini Islam tidak bangkit-bangkit lagi.

Akhir sekali, fasa yang kelima iaitu era kebangkitan islam, dimana Islam itu dibumikan dan masyarakat pada hari itu kembali kepada mentaati ALLAH s.w.t. Dajjal akan tiba, kemunculan imam mahadi, ya'jud makjud dan sebaginya.

AMARAN


Islam akan bangkit pada penghujung fasa keempat dan saya kira fasa itu sudah tiba.

Cuma bagaimana persediaan kita. Adakah hanya duduk menunggu tanpa ada usaha kearahnya ?

Jadi, inilah diantara usaha ke arah kebagkitan Islam itu sendiri. Generasi Al-Quran perlu digilap dengan baik.

Apabila generasi ini sudah berjaya dibentuk, maka amaranku buat yahudi...


"JAGA-JAGA YAHUDI, TENTERA MUHAMMAD S.A.W SUDAH TIBA !!!"

Para pemimpin masa hadapan !!!

Read Full Article

UNTUKMU PEMUDA...

Wednesday, October 6, 2010

"Pemuda adalah perubah dunia"

Itulah satu ayat yang sering kali dilafazkan oleh mana-mana penceramah yang menyampaikan ceramah ataupun lebih sinonim para pendakwah dewasa kini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan pemuda adalah di antara punca kepada sesuatu perubahan sesuatu zaman.

Namun, persoalan saya ingin timbulkan disini, pemuda macam mana yang dimaksudkan sebagai perubah itu...?

Kebanyakan...

Pemuda pada hari ini cukup jauh dari orbit iman.

Pelbagai masalah berlaku pada hari ini. gejala buang bayi, bunuh sama sendiri, mencuri tidak kira situasi, dan banyak lagi perkara yang saya kira 'tidak cukup' jika disenaraikan di sini.

Tidak kurang juga pemuda yang hanya mengaku dia berada di atas orbit iman sedangkan tanpa disedari dianya berada dalam keadaan bila-bila masa boleh tergelincir.(mintak dijauhkan dari situasi ini).

Solat berjemaah(khususnya subuh)cukup liat untuk dilaksanakan oleh para penggerak islam di kampus.

Perhubungan,percakapan,dan adab antara lelaki dan perempuan semakin hari semakin terbuka. Alasannya hendak menghidupkan semangat dalam melakukan gerak kerja islam. Itu tidak salah tetapi yang yang ditakuti ianya menjadikannya sebagai suatu cara untuk menghalalkan suatu yang haram.

Amalan sunat seperti ma'thurat, soalat dhuha zikir dan fikir dan sebagainya. Semakin hari semakin hilang dikalangan para penggerak tarbiyah di Kampus.

Pendek kata semua yang saya senaraikan diatas kebanyakan berlaku terhadap generasi muda masa kini.

Bagaimana kita hendak membumikan islam jika golongan pemuda yang kita kelaskan sebagai generasi harapan ini tidak seperti yang diharapkan...?

Apa puncanya...?

Punca masalah...

"Dirikan islam dalam dirimu(kita) dahulu sebelum tegakkannya di bumi yang nyata"

-Hasan Al-Hudaibi-

Jika kita lihat secara telitinya, antara pokok kepada masalah ini adalah lemahnya tarbiyah di kalangan penggerak dakwah di kampus. Apabila kurangnya terbiyah di kalangan penggerak dakwah ini, maka mana mungkin pemuda yang berada jauh dari orbit islam ini mampu untuk berada di atas landasan iman ini.

Bagaimana hendak mendapat negeri yang baik dan mendapat keampunan ALLAH, jika pra-syarat pemuda yang digambarkan itu tiada pada diri para pemuda dan pemudi pada hari ini.

Solusi(penyelesaian)...

"Kita kena betulkan pemimpin...", kata seorang presiden sebuah NGO Islam.

Betul, kita perlu mengubah dasar yang paling tinggi iaitu pemimpin sesebuah negeri, tetapi harus diingatkan ianya tidak akan berubah jika pemuda yang ada hari seperti yang saya senaraikan di atas.

Pemuda itu sendiri perlu kuat dari sudut tarbiyyah dirinya sendiri. Ini kerana pemuda adalah pemimpin masa hadapan. Pemimpin hari pada hari ini tidak akan memimpin buat selamnya, bahkan bila sampai masanya dia akan kembali menghadap pengciptanya juga.

Generasi yang akan menggantikan mereka adalah golongan muda. Jika persiapan dalaman dan luaran tidak dibuat sekarang lagi, saya kira sampai bila-bila kita tidak akan menang. Islam tidak akan dibumikan jika generasi muda pada hari ini masih lemah dari sudut tarbiyyah diri.

Tekankan 3 elemen asasi ini...

Para pemuda harus mempersiapakan 'tarbiyyah ruhiyyah' iaitu dengan perbanyakkan amalan fardhu dan sunat, jaga perhubungan kita dengan ALLAH s.w.t dan manusia.

Perbanyakkan membaca bahan ilmiah, saratkan diri kita dengan ilmu, moga-moga 'tarbiyyah ilmiah' kita berhasil.

Akhir sekali, kedua-dua teori tarbiyyah ini tidak akan berhasil jika ianya tidak dilaksanakan ataupun kita kelaskannya sebagai 'tarbiyyah amali' iatu kita lakukan apa yang telah diteorikan seterusnya ianya perlulah dilaksanakan dengan penuh istiqomah.

Apabila ketiga-tiga elemen asasi ini berjaya dibumikan di dalam diri setiap penggerak dakwah di kampus, maka tidak ada pertikaian lagi dari sudut pembinaan sebuah negeri yang baik dan mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.

Moga para penggerak dakwah di kampus dapat mengambil berat mengenai hal ini, ini kerana kita adalah pemuda dan pemuda adalah perubah dunia.

amir al-ghonie
3.23 pagi
Kuantan





Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP