Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

ADILKAH...

Thursday, December 23, 2010



Rozita Che Wan

Tuan Guru Haron Din

Sejak akhir-akhir ni fikiran saya asyik terganggu. Macam-macam yang perkara bermain di minda.

Mengulang Quran...

Tesis...

Gerak kerja luar...

Gerak kerja dalam kampus...

Semuanya berserabut di dalam kepala...nak tak nak, perjuangan harus diteruskan.

Diri ini perlu kuat untuk berhadapan dengan segalanya kerana ini semua adalah ujian untuk diri ini terus maju kehadapan membuat persiapan yang rapi untuk bertemu tuhan.

DULU-DULU...

Sewaktu saya berada di semester dua dahulu, saya pernah dilantik oleh Exco DIDIK (Lajnah Pendidikan) PERKEMAT sesi 07/08, Akh Muhammad bin Isa untuk memegang satu taklifat yang tidak pernah saya terfikir untuk menggalasnya.

Taklifat yang diberikan adalah sebagai pengarah kepada Program Seminar Perubatan Islam.

Cukup menyeramkan...

Alhamdulillah, dengan pengalaman yang kosong ini ditambah pula tunjuk ajar yang diberikan oleh naqib saya pada jam 3 pagi akhirnya siap juga KKD (Kertas Kerja Dasar) pertama yang pernah saya buat.

Pada ketika itu juga tercetusnya idea untuk menjemput seorang tokoh perubatan islam.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haron Din.

Pada keesokan harinya KKD tersebut telah diserahkan kepada Ustaz Bakri Amboala untuk disemak semula dan KKD tersebut diluluskan serta merta.

Pada ketika itu, keadaan saya cukup ghairah kerana perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Langkah seterusnya adalah membawanya ke pihak Hal Ehwal Pelajar untuk mengesahkan program ini secara mutlak. Apa yang mendukacikan saya apabila KKD tersebut ditolak serta merta hanya disebabkan nama Ustaz Haron Din terpapar di dalam KKD tersebut.

Pada ketika itu saya agak hairan.

Adakah masalah yang dimaksudkan dari sudut aqidah tokoh tersebut ?

Rupa-rupanya tokoh tersebut ditolak gara-gara parti yang diperjuangkannya.

Saya pun terpaksa menghormati keputusan ini dan terpaksa pulang dengan keadaan hampa dan kecewa.

(Maklumlah baru first time jadi pengarah program).

KINI...

Baru-baru ini pula kampus saya baru sahaja didatangi oleh beberapa orang artis tempatan yang saya kira cukup tarkenal.

Antaranya adalah pelakon wanita yang agak terkenal dengan personaliti yang meng'ancam' setiap lelaki yang melihatnya.

Wanita yang dimaksudkan adalah Rozita Che Wan.

Mereka bertandang di kampus saya Darul Quran untuk mengadakan sesi pengambaran.

ADILKAH...???

Persoalan yang timbul disini adalah berkaitan dengan keadilan.

Dimanakah keadilan ?

Ulama' yang ingin datang untuk memberi ilmu itu ditolak mentah-mentah tetapi artis yang tidak diminta untuk datang itu dilepaskan dengan mudah.

Tidak ada masalah pun kalau sesiapa yang nak datang, kerana dalam berdakwah kita harus bertoleransi dan menerima semua pihak dengan hati yang terbuka.

Cukup hairan, bagaimana penilaian itu yang diukur.

Adakah disebabkan perbezaan PARTI, menyebabkan kritiria untuk menyampaikan ilmu itu dihalang ???

Inikah yang dikatakan sebagai keadilan ???

Sahabat Darul Quran khususnya dan semua yang menghuni penjaramukmin ini, ayuh kita sama-sama berfikir sejauh manakah keadilan yang dilaung-laungkan.

Saya tidak berbincang berkenaan politik tetapi saya berbincang berkenaan dengan soal keadilan kita dalam menetapkan keputusan.

Ini baru isu dalam kampus, banyak lagi perkara-perkara yang perlum kita teliti sebagai seorang yang cakna dengan masalah umat islam diluar kampus.

Maka benarlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

" Barang siapa yang tidak mengambil tahu tentang hal saudara seislamnya, maka dia bukan dari kalanganku "
Hadis Soheh

Fikir-fikirlah sahabat-sahabat sekalian.

Dimanakah kita sekarang.

Adakah cukup denga hanya mendapat segulung ijazah tanpa memikirkan masalah saudara-mara kita.

Saya tinggalkan persolan ini kepada semua untuk sama-sama kita fikirkan dan cuba untuk selesaikan.

Amir al-Ghanie
6.55 petang
Darul Quran
Kuala Kubu Bharu


Read Full Article

MEMORI ITU BERTANDANG...

Wednesday, December 22, 2010

Hari ini (23 Disember 2010), sekali lagi syukbah dakwah semesterku mengadakan lawatan. Lawatan yang dirancang sekian lama tetapi gerak kerja bermula tidak kurang dari 24 jam sebelum lawatan bermula. Tahniah kepada semua penggerak yang bertungkus lumus untuk menjayakan lawatan ini.

Bukan lawatan ini yang saya ingin kongsi dengan penghuni penjaramukmin ini tetapi satu perasaan dan pengalaman yang aneh menimpa saya pada subuh hari bertolaknya saya ke tempat yang ingin dilawat itu.

SEBUAH MEMORI.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kamar A80. Keadaan diri berubah sama sekali apabila tangan ini tergerak untuk memanggil Usu (Marwan Bukhari) yang ingin bertolak sekali ke lawatan syukbah kami.


PARLIMEN...NANTIKAN KAMI SUATU HARI NANTI...!!!

GHURABA' KE PARLIMEN (ACHIK, ANDAK DAN USU)...SATU PERMULAAN KEPADA PERUBAHAN...

Tiba-tiba saya terkesima sementara...

“Macam pernah berlaku je situasi ini…”, hati ini berbicara.

Lantas fikiran ini tiba-tiba teringatkan satu wajah. Wajah seorang insan yang banyak mentarbiyyah diri yang sarat dengan dosa ini.

“Abang Ihsan…”, namanya terbit secara mengejut.

Sebuah memori...

"Ya, memori itu bertandang ke mari...", hatiku berbisik lagi.

Situasi yang sama, sejarah yang sama, tetapi berlainan pelakonnya.

Jika dahulu lawatan ke Pertandingan Debat Parlimen, kali ini lawatan ke Sidang Parlimen Negara.

Jika dahulu Hasanhusaini, kali ini Marwan Bukhari.

Jika dahulu naqib usrah, kali ini adik beradik satu aqidah.


ABANG LONG...

PENGUBAT HATI.

Diri ini baru menyedari bahawasanya sudah lama tidak berhubung dengan insan yang bergelar murabbi ini.

Mungkin ego yang cukup tinggi.

Ada kemugkinan juga sibuk menghantui diri menyebabkan insan yang bergelar murabbi ini sudah dilupai.

Namun, memori itu bertandang dengan membawa ubat bagi hati ini untuk merindui dan mengingatinya.

Moga-moga tulisan ini mengubat kerinduan hati ini kerana diri ini banyak melakukan kesilapan.

Maaf andai kata anak usrahmu ini banyak menyusahkanmu. Doakan anak usrahmu ini sentiasa berada dalam pantauan-NYA.

Salam rindu…

Salam sayang…

Salam ukhwah…

Salam Ghuraba’…

GHURABA' CORPS...

Ikhlas dari anak usrahmu yang kini jauh dari tempatmu berjuang sekarang.

Amir al-Ghoni
7.05 pagi
Darul Quran
Kuala Kubu Bharu


Read Full Article

SUDAH TIBA MASANYA...

Saturday, December 18, 2010

Mungkin agak terlambat untuk ucapan ini, tapi diri ini ingin juga menterjemahkannya dari hati ke laman ini.

Salam Maal Hijrah buat semua.

Masing-masing sudah maaruf, hijrah yang berlaku pada zaman nabi memang sudah tidak akan dapat kita lakukan.

Ulama' telah membahaskan berkenaan dengan hijrah iaitu hijrah yang dapat kita laksanakan dalam konteks masa kini adalah hijrah daripada yang buruk kepada baik dan kalau ianya sudah baik, ia memerlukan satu lagi perubahan ke arah yang lebih baik dan yang terbaik.

Apa yang perkara yang baik itu ?

Perkara yang baik itu adalah iman kita, akhlak kita dan ibadat kita.

Apabila baja iman itu sudah ditanam dan dijaga, maka akan terhasilnya buah akhlak yang bermula dengan baik kepada yang terbaik, akhir sekali apabila buah akhlak itu sudak masak (akhlak yang baik), maka akan tercetusnya satu perniagaan yang lumayan.

Perniagaan lumayan yang saya maksudkan adalah kemanisan ibadat yang dilaksanakan

Apa yang perlu lakukan ?

Positifkan minda.

Kenali potensi diri anda

Aksi perlu dioptima.

Rabb jangan dilupa.

Istiqamah perlu diutama.

Ikhlas bukan yang kedua.

Tawakal penghujung usaha.

Semua tidak akan terlaksana jika tiada satu permulaan yang dinamakan kemahuan.


" Sesunggunya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubah dirinya sendiri"
Surah Ar- Ra'd : Ayat 11



Kemahuan cukup penting untuk mengubah diri kita.

Diri yang menaip artikelm ini pun sedang cuba untuk berubah kerana cukup leka leka dengan dunia.

Doakan diri yang menaip ini diberi kekuatan untuk berubah kepada 'Super Baik'.

Jangan lupa juga untuk kita sama-sama mendoakan diri kita semua kerana kita tidak akan berubah tanpa ada bantuan dari sahabat-sahabat.

Pendek kata kita tidak boleh lari dari hidup berjemaah.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan kekuatan.

Salam Perubahan.

Amir al-Ghoni
Darul Quran,
Kuala Kubu Bharu,
12.19 tengahari.

Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP