Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

Akademi Kesyumulan Islam, kearah merekonstruksi Khilafah Islam

Thursday, March 18, 2010

Baru-baru ini Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) dengan kerjasama Kelab Fasilitator Darul Quran (KEFDA) telah berjaya menganjurkan satu program pra-tarbiyah. Ianya dinamakn Program Akademi kesyumulan Islam 2010 (AKI’10). Saya kira ianya adalah salah satu daripada cabang untuk kita merekonstruksi (membina semula) khilafah islamiyah yang sudah lama jatuh.




Generasi Harapan


Tumpuan pelajar bagi program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut dimana jika kita lihat ianya semua terdiri daripada golongan muda. Golongan ini perlu diambil perhatian kerana mereka adalah generasi yang digelar generasi harapan. Mengapa saya berpendapat sebegini. Ini kerana jika kita lihat pada hari ini, majoriti dari golongan ini, masing-masing tergelincir dari orbit yang berpaksikan aqidah sedangkan jika lihat pada sejarah pada golongan-golongan inilah diantara pemangkin kebangkitan khilafah islamiyah. Contoh yang paling mudah diambil ialah Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya membuka konstantinopel pada umur kira-kira 19 hingga 21 tahun. Ini bererti generasi-generasi ini memainkan peranan yang cukup besar didalam usaha untuk merekonstruksikan semula daulah islam itu sendiri seterusnya terdirinya khilafah islamiyah.

Sensitiviti (KESEDARAN)

Pelbagai modul telah disampaikan kepada peserta. Semuanya bertujuan untuk menjatuhkan ego dan yang paling utamanya ialah ingin melahirkan sensitiviti iaitu kesedaran peserta terhadap tanggungjawab mereka yang bergelar generasi harapan yang merekonstruksikan semula daulah islam yang sudah lama roboh. Sensitiviti cukup penting, ini kerana jika tiada sensitiviti maka susah untuk adik-adik ini menyedari akan peranan mereka yang cukup besar ini. Jika kita lihat pada hari ini kerana tiada unsur inilah kebanyakan anak-anak muda pada hari ini alpa dan terus leka dengan perasaan yang nabi Muhammad s.a.w sebut akan terjadi pada akhir zaman ini iaitu حبّ الدنياء iaitu cintakan dunia. Apabila terlalu cintakan dunia maka mereka hidup dalam keadaan mementingkan diri sendiri dan terus jauh dari orbit yang berpaksikan aqidah.


Melengkapkan

Program ini juga tidak lain tidak bukan adalah untuk membentuk generasi-generasi yang mempunyai peribadi muslim dalam diri masing-masing. Elemen ini cukup penting untuk meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu seperti berikut :-

1. Peribadi muslim
2. keluarga muslim
3. Masyarakat muslim
4. Negara muslim
5. Tamadun islam


Peringkat-peringkat yang saya senaraikan diatas adalah peringkat pembentukan Khilafah islamiyah tetapi jika kita lihat baik-baik ianya tidak akan lengkap jika tidak bermula dengan peringkat yang pertama iaitu peringkat pembentukan peribadi muslim. Jadi, program AKI ini salah satu wasilah untuk pembentukan peribadi muslim yang menjadi akar kearah merekonstruksikan semula khilafah islamiyah.
Ayuh wahai pemuda islam diseluruh dunia mari kita selamatkan generasi harapan yang semakin hari semakin jauh dari hidayah ALLAH, korbankan masamu kerana kemungkinan besar dengan pengornanmu yang sedikit itu menjadi hujjah didepan ALLAH pada hari penghitungan nanti kerana ingatlah bahawa nama kita sudah tertulis disyurga dan duneraka, atas kita memilih diantara kedua-duanya.

Ya ALLAH jauhkanlah kami semua dari azab api nerakaMU.


Generasi al-Fateh in progress

Semangat Aisyah Humaira'

Kami adalah sebaik-baik manusia...


0 comments:

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP