Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

KEKASIHKU...

Thursday, September 9, 2010

Usai solat asar berjemaah, saya menunaikan amalan sunat yang sudah lali bagi saya iaitu membaca ma'thurat bersama-sama adik beradik yang tercinta.

Sedang saya mengamati isi ma'thurat tersebut, tiba-tiba hati ini terdetik rasa sayup dan hiba. Pelik sungguh rasanya. Seolah-olah sesuatu yang tidak kena dengan diri ini.

Fikir-fikir punya fikir, rupa-rupanya baru saya sedar tiket bas kekasih saya adalah pada petang ini. Pada pukul 7.12 malam.

Adik-beradiknya sudah bertolak awal pagi tadi. Petang ini gilirannya pula meninggalkan saya. Bukan mudah kekasih saya ini nak hadir. Saya takut saya tidak dapat merisiknya.

Kedatangannya juga bukan hanya kedatangan biasa tetapi kedatangannya juga selari dengan Jualan Hebat Mega Sale yang jarang sekali dimanfaatkan oleh saya dan manusia lain.

Kepada semua saudara seaqidah saya, bagaimana dengan anda. Adakah anda sedar akan pemergian kekasih saya, bahkan bukan kekasih saya, tetapi kekasih kalian juga selaku insan yang mengucap dua kalimah sahadah atau yang lebih tepat ialah hamba yang berbai'ah di depan ALLAH s.w.t.

Ketahuilah wahai penghuni penjaramukmin sekalian. 'Kekasih' yang saya maksudkan ialah Ramadhan dan 'adik beradik'nya ialah Lailatul Qadr dan 'mega sale' yang sering kita lupakan ialah Keampunan yang berlipat ganda.

Jadi, sedarlah wahai kalian yang bergelar mukmin, Ramadhan bakal pergi, tetapi bagaimana dengan kita, adakah sebulan ini memberi satu kekuatan baru untuk berhadapan dengan 11 bulan yang akan datang.

Sama-sama kita fikirkan.

Ya ALLAH kuatkanlah kami.

Mohon kekuatan untuk berhadapan dengan ujian MU.

Berkatilah kami di dalam bulan ini (Ramadhan)

Semoga ramadhan kali ini memberi se'infiniti' makna buat kami...

amir al-ghonie

Kuantan

5.33 petang


0 comments:

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP