Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

UNTUKMU PEMUDA...

Wednesday, October 6, 2010

"Pemuda adalah perubah dunia"

Itulah satu ayat yang sering kali dilafazkan oleh mana-mana penceramah yang menyampaikan ceramah ataupun lebih sinonim para pendakwah dewasa kini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan pemuda adalah di antara punca kepada sesuatu perubahan sesuatu zaman.

Namun, persoalan saya ingin timbulkan disini, pemuda macam mana yang dimaksudkan sebagai perubah itu...?

Kebanyakan...

Pemuda pada hari ini cukup jauh dari orbit iman.

Pelbagai masalah berlaku pada hari ini. gejala buang bayi, bunuh sama sendiri, mencuri tidak kira situasi, dan banyak lagi perkara yang saya kira 'tidak cukup' jika disenaraikan di sini.

Tidak kurang juga pemuda yang hanya mengaku dia berada di atas orbit iman sedangkan tanpa disedari dianya berada dalam keadaan bila-bila masa boleh tergelincir.(mintak dijauhkan dari situasi ini).

Solat berjemaah(khususnya subuh)cukup liat untuk dilaksanakan oleh para penggerak islam di kampus.

Perhubungan,percakapan,dan adab antara lelaki dan perempuan semakin hari semakin terbuka. Alasannya hendak menghidupkan semangat dalam melakukan gerak kerja islam. Itu tidak salah tetapi yang yang ditakuti ianya menjadikannya sebagai suatu cara untuk menghalalkan suatu yang haram.

Amalan sunat seperti ma'thurat, soalat dhuha zikir dan fikir dan sebagainya. Semakin hari semakin hilang dikalangan para penggerak tarbiyah di Kampus.

Pendek kata semua yang saya senaraikan diatas kebanyakan berlaku terhadap generasi muda masa kini.

Bagaimana kita hendak membumikan islam jika golongan pemuda yang kita kelaskan sebagai generasi harapan ini tidak seperti yang diharapkan...?

Apa puncanya...?

Punca masalah...

"Dirikan islam dalam dirimu(kita) dahulu sebelum tegakkannya di bumi yang nyata"

-Hasan Al-Hudaibi-

Jika kita lihat secara telitinya, antara pokok kepada masalah ini adalah lemahnya tarbiyah di kalangan penggerak dakwah di kampus. Apabila kurangnya terbiyah di kalangan penggerak dakwah ini, maka mana mungkin pemuda yang berada jauh dari orbit islam ini mampu untuk berada di atas landasan iman ini.

Bagaimana hendak mendapat negeri yang baik dan mendapat keampunan ALLAH, jika pra-syarat pemuda yang digambarkan itu tiada pada diri para pemuda dan pemudi pada hari ini.

Solusi(penyelesaian)...

"Kita kena betulkan pemimpin...", kata seorang presiden sebuah NGO Islam.

Betul, kita perlu mengubah dasar yang paling tinggi iaitu pemimpin sesebuah negeri, tetapi harus diingatkan ianya tidak akan berubah jika pemuda yang ada hari seperti yang saya senaraikan di atas.

Pemuda itu sendiri perlu kuat dari sudut tarbiyyah dirinya sendiri. Ini kerana pemuda adalah pemimpin masa hadapan. Pemimpin hari pada hari ini tidak akan memimpin buat selamnya, bahkan bila sampai masanya dia akan kembali menghadap pengciptanya juga.

Generasi yang akan menggantikan mereka adalah golongan muda. Jika persiapan dalaman dan luaran tidak dibuat sekarang lagi, saya kira sampai bila-bila kita tidak akan menang. Islam tidak akan dibumikan jika generasi muda pada hari ini masih lemah dari sudut tarbiyyah diri.

Tekankan 3 elemen asasi ini...

Para pemuda harus mempersiapakan 'tarbiyyah ruhiyyah' iaitu dengan perbanyakkan amalan fardhu dan sunat, jaga perhubungan kita dengan ALLAH s.w.t dan manusia.

Perbanyakkan membaca bahan ilmiah, saratkan diri kita dengan ilmu, moga-moga 'tarbiyyah ilmiah' kita berhasil.

Akhir sekali, kedua-dua teori tarbiyyah ini tidak akan berhasil jika ianya tidak dilaksanakan ataupun kita kelaskannya sebagai 'tarbiyyah amali' iatu kita lakukan apa yang telah diteorikan seterusnya ianya perlulah dilaksanakan dengan penuh istiqomah.

Apabila ketiga-tiga elemen asasi ini berjaya dibumikan di dalam diri setiap penggerak dakwah di kampus, maka tidak ada pertikaian lagi dari sudut pembinaan sebuah negeri yang baik dan mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.

Moga para penggerak dakwah di kampus dapat mengambil berat mengenai hal ini, ini kerana kita adalah pemuda dan pemuda adalah perubah dunia.

amir al-ghonie
3.23 pagi
Kuantan





2 comments:

ilmi_alfauzani October 6, 2010 at 9:14 PM  
This comment has been removed by the author.
ilmi_alfauzani October 6, 2010 at 9:15 PM  

Salam.daie yang mampu sampaikan muhasabah yang baik.teruskan berjuang..

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP