Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

TERIMA KASIH SEMUA

Saturday, November 20, 2010

Sudah lama tangan ini tidak menyentuh keyboard komputer riba ini untuk berkongsi artikel dengan pengunjung-pengunjung blog ini. Ada kemungkinan malas, ada juga kemungkinan kurang membaca, dan yang paling malang mungkin diri ini terlalu banyak melakarkan dosa.

Apa-apa pun diri ini meminta sama-sama kita doakan agar dijauhkan dari semua perkara negatif yang mendatangkan dosa kepada kita. Mahu ataupun tidak mahu kerja dakwah harus diteruskan, proses memberi peringatan dan menerima peringatan harus diteruskan kerana dua perkara inilah yang meningkatkan darjat diri kita. Jika tinggalkan salah satu maka tidak lengkaplah syarat-syarat mukmin profesional yang telah digariskan dalam al-Quran.

Post kali ini saya bukanlah nak berkongsi perkara yang mendasar cuma ingin menghadiahkan sedikit penghargaan kepada semua tanda syukur saya.

Pertama kalinya saya cukup bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana saya dikurniakan agama yang cukup lengkap dan tiada tandingan iaitu agama Islam.

Iman yang yang dimiliki pada saat ini moga-moga dikekalkan hingga menghadap-NYA.

Seterusnya saya bersyukur kerana perjuangan yang saya dokongi pada saat ini adalah perjuangan yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Moga-moga perjuangan ini juga dikekalkan sehingga bertemu dengan kekasih-NYA.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang bertukus lumus mentarbiyyah diri ini, mencari pelbagai solusi untuk merubah diri yang nakal ini sehingga menjadi manusia pada hari ini.

Guru-guru yang mendidik saya dari saya mula mengenal pendidikan hinggalah saya dapat mengawal kehidupan. Didikanmu cukup memberi makna yang tidak terhingga pada diri yang sentiasa dahagakan ilmu ini.

Semua adik beradik seibu,sebapa dan se-Aqidah saya, terima kasih kerana sentiasa menjadi pemerhati pada diri yang sarat dengan dosa dan kesilapan ini. Terima kasih semua.

Pemberi semangat pada diri ini ketika mengharungi kehidupan yang mencabar di kampus darul Quran iaitu adik beradik GHURABA' saya, terutamanya roomate saya waktu saya berada di semester pertama dan kedua, saudara Marwan Bukhari dan naqib kepada saya, Akh Ihsan Fadhli dan Akh Izzudin . Terima kasih banyak-banyak kerana mengajarku erti tarbiyyah.

Akhir sekali, saya cukup bersyukur kerana blog yang tidak seberapa ini sentiasa dikunjungi dan sentiasa dikritik. Terima kasih semua, teruskan mengkritik, kritikan anda menjadi kayu ukur untuk diri ini terus bergerak kedepan membina harapan.

Saya mengharap dengan melakarkan penghargaan dan syukur saya ini, moga-moga ia adalah permulaan kepada mempositifkan minda saya dalam melaksanakan segala gerak kerja Islam di Dunia ini.

"Bersyukurlah, moga-moga dengan bersyukur itu, minda kita akan positif "

Doakan saya, Syukran semua.



Amir al-ghonie
Kuantan
6.00 petang


1 comments:

hasanhusaini November 22, 2010 at 1:04 AM  

Terima kasih juga kerana sudi menjadi guru kehidupan ana...ana banyak belajar dari ntum.

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP