Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

ADILKAH...

Thursday, December 23, 2010



Rozita Che Wan

Tuan Guru Haron Din

Sejak akhir-akhir ni fikiran saya asyik terganggu. Macam-macam yang perkara bermain di minda.

Mengulang Quran...

Tesis...

Gerak kerja luar...

Gerak kerja dalam kampus...

Semuanya berserabut di dalam kepala...nak tak nak, perjuangan harus diteruskan.

Diri ini perlu kuat untuk berhadapan dengan segalanya kerana ini semua adalah ujian untuk diri ini terus maju kehadapan membuat persiapan yang rapi untuk bertemu tuhan.

DULU-DULU...

Sewaktu saya berada di semester dua dahulu, saya pernah dilantik oleh Exco DIDIK (Lajnah Pendidikan) PERKEMAT sesi 07/08, Akh Muhammad bin Isa untuk memegang satu taklifat yang tidak pernah saya terfikir untuk menggalasnya.

Taklifat yang diberikan adalah sebagai pengarah kepada Program Seminar Perubatan Islam.

Cukup menyeramkan...

Alhamdulillah, dengan pengalaman yang kosong ini ditambah pula tunjuk ajar yang diberikan oleh naqib saya pada jam 3 pagi akhirnya siap juga KKD (Kertas Kerja Dasar) pertama yang pernah saya buat.

Pada ketika itu juga tercetusnya idea untuk menjemput seorang tokoh perubatan islam.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haron Din.

Pada keesokan harinya KKD tersebut telah diserahkan kepada Ustaz Bakri Amboala untuk disemak semula dan KKD tersebut diluluskan serta merta.

Pada ketika itu, keadaan saya cukup ghairah kerana perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Langkah seterusnya adalah membawanya ke pihak Hal Ehwal Pelajar untuk mengesahkan program ini secara mutlak. Apa yang mendukacikan saya apabila KKD tersebut ditolak serta merta hanya disebabkan nama Ustaz Haron Din terpapar di dalam KKD tersebut.

Pada ketika itu saya agak hairan.

Adakah masalah yang dimaksudkan dari sudut aqidah tokoh tersebut ?

Rupa-rupanya tokoh tersebut ditolak gara-gara parti yang diperjuangkannya.

Saya pun terpaksa menghormati keputusan ini dan terpaksa pulang dengan keadaan hampa dan kecewa.

(Maklumlah baru first time jadi pengarah program).

KINI...

Baru-baru ini pula kampus saya baru sahaja didatangi oleh beberapa orang artis tempatan yang saya kira cukup tarkenal.

Antaranya adalah pelakon wanita yang agak terkenal dengan personaliti yang meng'ancam' setiap lelaki yang melihatnya.

Wanita yang dimaksudkan adalah Rozita Che Wan.

Mereka bertandang di kampus saya Darul Quran untuk mengadakan sesi pengambaran.

ADILKAH...???

Persoalan yang timbul disini adalah berkaitan dengan keadilan.

Dimanakah keadilan ?

Ulama' yang ingin datang untuk memberi ilmu itu ditolak mentah-mentah tetapi artis yang tidak diminta untuk datang itu dilepaskan dengan mudah.

Tidak ada masalah pun kalau sesiapa yang nak datang, kerana dalam berdakwah kita harus bertoleransi dan menerima semua pihak dengan hati yang terbuka.

Cukup hairan, bagaimana penilaian itu yang diukur.

Adakah disebabkan perbezaan PARTI, menyebabkan kritiria untuk menyampaikan ilmu itu dihalang ???

Inikah yang dikatakan sebagai keadilan ???

Sahabat Darul Quran khususnya dan semua yang menghuni penjaramukmin ini, ayuh kita sama-sama berfikir sejauh manakah keadilan yang dilaung-laungkan.

Saya tidak berbincang berkenaan politik tetapi saya berbincang berkenaan dengan soal keadilan kita dalam menetapkan keputusan.

Ini baru isu dalam kampus, banyak lagi perkara-perkara yang perlum kita teliti sebagai seorang yang cakna dengan masalah umat islam diluar kampus.

Maka benarlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

" Barang siapa yang tidak mengambil tahu tentang hal saudara seislamnya, maka dia bukan dari kalanganku "
Hadis Soheh

Fikir-fikirlah sahabat-sahabat sekalian.

Dimanakah kita sekarang.

Adakah cukup denga hanya mendapat segulung ijazah tanpa memikirkan masalah saudara-mara kita.

Saya tinggalkan persolan ini kepada semua untuk sama-sama kita fikirkan dan cuba untuk selesaikan.

Amir al-Ghanie
6.55 petang
Darul Quran
Kuala Kubu Bharu


0 comments:

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP