Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

NIKMAT & RAHMAT

Monday, September 27, 2010

“Jom pergi solat jemaah di masjid…”, ajak seorang sahabat.

“Ko pergi la dulu masjid, aku nak layan cerita ni jap…”, kata seorang manusia yang ditugaskan kepadanya untuk menjaga al-Quran.

Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita. Persoalan yang timbul disini, adakah ianya betul-betul memberi kesan kepada kita selaku insan yang mengharapkan redha dari-NYA.

Antara nikmat & rahmat. Mungkin satu maksud yang seakan-akan serupa baik dari sebutan mahupun perlaksanaan.

Walau bagaimana pun, ianya adalah satu perkara berbeza. Cukup berbeza bagi insan yang merindukan syurga yang abadi dan mengharapkan cinta yang hakiki.

NIKMAT

Nikmat satu kelabihan yang ALLAH kurniakan kepada hamba-NYA yang betul-betul berusaha untuk mendapatkannya. Misalnya kekayaan, kejayaan, kemewahan dan sebagainya.

Ianya juga jika kita teliti baik-baik, dimiliki oleh semua insan. Tidak kira berbeza agama mahupun bangsa.

Cuma ianya baik jika dapat dikawal tetapi parah jika ianya gagal ditunggaang.
Kenapa saya berpenadapat sebegini rupa ?

Ini kerana ianya mampu menyebabkan manusia itu akan lupa bahawa tanggungjwab dia sebagai seorang hamba. Leka dengan dunia, cintakan harta dan lupa adanya neraka.

Keadaan yang sebaliknya akan berlaku jika ianya (nikmat) dikawal dengan cermat. Apa yang dimiliki ialah ‘rahmat’.

RAHMAT

Rahmat adalah satu kurniaan yang jarang sekali dimiliki oleh manusia.

Tidak semua akan mendapatnya. Ini kerana ianya hanya akan dikurniakan kepada manusia yang betul-betul bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Ramai manusia dapat nikmat kekayaan, nikmat kesenangan tetapi belum tentu dapat satu kekuatan untuk melaksanakan satu pengabdian kepada-NYA.

Tidak semua manusia yang bergaji dapat mengaji.

Tidak semua manusia yang berpendidikan dapat meberi kebajikan.

Tidak semua manusia yang berilmu akan bertamu di rumah-NYA.

Tidak semua manusia yang memberi dapat berbakti.

Tidak semua manusia yang haraki dapat syurga yang hakiki.

Fikir-fikirlah, agar kita tidak terlupa dengan hari yang telah dijanji.

Bersyukurlah, Moga-moga rahmat itu dimiliki.

Tunggangilah ‘nikmat’ dengan cermat moga-moga selamat sampai kepada ‘rahmat’


Read Full Article

PANDANGAN SAYA...

Friday, September 10, 2010


ANTARA YANG MENJADI PENYUMBANG...
POWER RANGERS...SIAP SEDIA UNTUK SERANG RUMAH SAUDARA MARA...


ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!... WALILLAHILHAM !!!

Marilah kita semua menyerahkan sepenuh nikmat syukur kita kepada Sang Pemberi Syukur kerana masih memberi peluang kepada kita untuk berada di hari yang bermakna ini.

Harapan saya agar semua penghuni penjaramukmin ini dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya nikmat yang jarang disyukuri oleh setiap hamba-NYA.

Hari ini saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menziarahi saudara mara, bermaaf-maafan bersama semua keluarga dan saudara, tidak lupa juga pengalaman menjadi pembantu tukang masak dalam menyiapkan kuih raya, rendang dan sebagainya.

PANDANGAN SAYA

Kebiasaannya ketika hari raya ini, sudah menjadi tuntutan bagi kita untuk menziarahi rumah saudara mara dan sahabat handai kita.

Semuanya bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara kita.

Juadah pada hari pertama sudah tentu agak istimewa dan agak susah untuk kita tolak apabila diajak untuk menjamunya.

Pandangan saya, hormat tuan rumah itu perlu tetapi pandai-pandailah kita untuk merangka strategi untuk menghadapinya.

Makan tidak perlu banyak. Cukup hanya sekadar memenuhi kehendak syarak.

KESANNYA...

Jika kita tidak dapat menanganinya dengan baik, kemungkinan besar nafsu yang tewas dengan kita di bulan Ramadhan dulu akan kembali menakluki diri kita.

LEWAT SUBUH...,

KUAT TIDUR...,

SOLAT BERJEMAAH SUDAH JARANG-JARANG...,

Semuanya berubah apabila kita ditawan oleh nafsu yang kita tewaskan di waktu Ramadhan yang baru sahaja pergi.

Jadi apa peranan kita...

Sama-sama fikirkan...

Doakan kita sentiasa bersama-sama sentiasa berada bersama rahmat-NYA...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN BUAT SEMUA...

ANDAI KATA KITA GAGAL DALAM MENYAMBUTNYA...

BUANGLAH DUNIA DARI HIDUP KITA...

KITA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBUANGNYA TETAPI CUBALAH UNTUK MEMBUANGNYA...MOGA-MOGA ADA KESANNYA...
PEMBANTU CHEFF...
BERSAMA ADIK-ADIK DI PAGI LEBARAN...



Read Full Article

KEKASIHKU...

Thursday, September 9, 2010

Usai solat asar berjemaah, saya menunaikan amalan sunat yang sudah lali bagi saya iaitu membaca ma'thurat bersama-sama adik beradik yang tercinta.

Sedang saya mengamati isi ma'thurat tersebut, tiba-tiba hati ini terdetik rasa sayup dan hiba. Pelik sungguh rasanya. Seolah-olah sesuatu yang tidak kena dengan diri ini.

Fikir-fikir punya fikir, rupa-rupanya baru saya sedar tiket bas kekasih saya adalah pada petang ini. Pada pukul 7.12 malam.

Adik-beradiknya sudah bertolak awal pagi tadi. Petang ini gilirannya pula meninggalkan saya. Bukan mudah kekasih saya ini nak hadir. Saya takut saya tidak dapat merisiknya.

Kedatangannya juga bukan hanya kedatangan biasa tetapi kedatangannya juga selari dengan Jualan Hebat Mega Sale yang jarang sekali dimanfaatkan oleh saya dan manusia lain.

Kepada semua saudara seaqidah saya, bagaimana dengan anda. Adakah anda sedar akan pemergian kekasih saya, bahkan bukan kekasih saya, tetapi kekasih kalian juga selaku insan yang mengucap dua kalimah sahadah atau yang lebih tepat ialah hamba yang berbai'ah di depan ALLAH s.w.t.

Ketahuilah wahai penghuni penjaramukmin sekalian. 'Kekasih' yang saya maksudkan ialah Ramadhan dan 'adik beradik'nya ialah Lailatul Qadr dan 'mega sale' yang sering kita lupakan ialah Keampunan yang berlipat ganda.

Jadi, sedarlah wahai kalian yang bergelar mukmin, Ramadhan bakal pergi, tetapi bagaimana dengan kita, adakah sebulan ini memberi satu kekuatan baru untuk berhadapan dengan 11 bulan yang akan datang.

Sama-sama kita fikirkan.

Ya ALLAH kuatkanlah kami.

Mohon kekuatan untuk berhadapan dengan ujian MU.

Berkatilah kami di dalam bulan ini (Ramadhan)

Semoga ramadhan kali ini memberi se'infiniti' makna buat kami...

amir al-ghonie

Kuantan

5.33 petang


Read Full Article

AYUH UBAH PERSEPSI...

Friday, September 3, 2010

" Akhirnya merdeka jua aku...", ucap seorang mahasiswa huffaz yang lega dengan ujian yang sudah selesai didudukinya.

" Sedikit kecewa dengan syafawi semalam...biarlaH jadi pengajaran untuk aku..tak insaf jugak tak tahu la...", keluh kesah seorang sahabat tanda kecewa.

" Doakan kejayaan ana, semoga dapat jawab dengan lancar & ingat Al-Quran dengan mutqin...", pohon seorang aktivis dakwah di sebuah kampus.

Pelbagai ragam yang dapat kita lihat. Ada yang kecewa, ada yang lega dan ada yang tidak lupa mengharapkan doa dari sahabat-sahabat.

Semuanya kerana ujian dunia.

DUA PERKARA SEIRINGAN

Dewasa ini, sudah menjadi sunnatullah bagi manusia risau untuk berhadapan dengan ujian dari manusia melalui 'exam oriented'.

Tidak salah andai kata jika manusia itu risau kerana tanpa tuntutan dunia(ujian ini), susah untuk melaksanakan tuntutan akhirat.

Persoalannya bagaimana seseorang manusia itu menepuhinya dua perkara yang seiring ini dengan syariatullah.

RISAU DENGAN UJIAN

Kadang-kadang manusia itu sudah berasa lega dengan lepas dengan ujian dunianya. Maka segala mujahadah yang dilakukannya itu di'anak tiri'kan malah ada yang di'talak tiga'.

Kita risau jika mata pelajaran yang kita duduki itu terpaksa diulang (repeat paper) atau bahasa popular dikampus saya 'Dur Thani'.

Bagaimana dengan ujian akhirat...

Tidakkah kita risau andai ujian akhirat kita perlu diulang.

Ketahuilah wahai penghuni penjamukmin sekalian, kita sama sekali tidak mampu untuk mengulangnya.

Mintalah macam sekali pun, rayulah lama mana sekali pun, ALLAH sudah berjanji bahasanya tiada 'repeat paper' untuk hambanya yang gagal dalam menghadapi ujianNYA.

AYUH UBAH PERSEPSI

Jadi, saya mengigatkan diri saya serta semua agar marilah kita uBah persepsi kita, sama-samalah kita risau dengan kedua-dua ujian ini agar kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ingatlah, kalau kita kena 'repeat' di dunia sekali pun, tidak semestinya 'repeat' di akhirat.

Jikalau kita lepas ujian dunia sekali pun, tidak semestinya kita akan lepas dengan ujian akhirat.

Mukmin yang cemerlang ialah 4.0 di dunia, 4.0 di akhirat

Amir al-Ghonie
Temerloh
7.32 pag
i

Read Full Article

KERANA CINTA...

Friday, August 27, 2010

Salam ramadhan kareem kepada semua pengunjung penjaramukmin, semoga ramadhan kali ini memberi seinfiniti makna buat kita selaku insan yang mengharapkan kasih ilahi.

Dalam kita melaksanakan segala ibadah wajib mahupun yang sunat di bulan puasa ini, adakah kita semua sudah betul-betul mengikhlaskan niat kita ataupun kita melaksanakan hanya kerana terpaksa, kerana ianya adalah satu perintah, hanya untuk cukup syarat sah.

Kisah 4 orang anak dara

Seorang ayah ini menyuruh empat orang anak daranya mengambil segelas air pada waktu yang sama iaitu ketika pulang dari melakukan solat sunat terawih tetapi pada malam yang berbeza-beza.

Malam pertama


Si ayah ini menyuruh anak daranya yang sulung atau sinonim dengan panggilan Kak Long pegi mengambil air segelas untuk dihadangkan kepadanya.

Air yang dipesan tadi selamat sampai ke ruangtamu dan dihidangkan.

Sebaik sahaja dihidangkan, satu persoalan yang dilontarkan kepada si ayah...

" Ayah, takde orang lain ke yang ayah boleh minta tolong ???", pertanyaan ditimbulkan dengan nada mengeluh.

"Kan adik-adik ada...",tambanya lalu beredar dengan menghentakkan kakinya ke lantai.

Malam kedua

Si ayah ini melakukan perkara yang sama cuma mangsa yang berbeza. Kali ini giliran anak daranya yang kedua pula ataupun kebiasaannya digelar 'Kak Ngah'.

" Kak Ngah, tolong ambilkan ayah segelas air...",pintanya sambil tersenyum manis.

Lalu si anak ini terus bergerak ke dapur untuk melaksanakan apa yang diarahakan oleh ayahnya sebentar tadi.

Air siap dihidangkan tapi satu permintaan yang diajukan oleh 'Kak Ngah'...

"Ayah sebelum minum ni kene bagi seringgit dulu, upah ambil air",katanya sambil menghulurkan tangan.

Tersenyum lagi si ayah ini melihat gelagat anak keduanya ini.

Malam yang ketiga

Macam biasa, situasi yang sama yang berlaku cuma kali ini agak berbeza kerana mangsanya kali ini cukup misteri.

Mangsa yang misteri yang dimaksudkan adalah anak dara yang ketiganya, 'Kak De'.

Tanpa disedari air sudah berada diatas meja dan kuih siap dihidang, tetapi penghidangnya sudah lesap, barang kali takut dengan bapanya.

Malam yang keempat

Pada malam ini berbeza dengan malam-malam yang sebelumnya. Si ayah ini disambut oleh anak yang keempatnya iaitu 'Kak Su' yang baru pulang dari kampus dengan segelas air 'RADIX' panas beserta dengan sedikit makanan ringan yang sudah terhidang diatas meja.

"Ayah letih. biar 'Kak Su' urutkan ayah", sapa 'Kak Su' sambil mengurut ayahnya.


Berlepas ke luar negara...

Si ayah dan ibu tadi telah mendapat peluang untuk melancong ke luar negara. Sebelum berlepas, keempat-empat anak daranya tadi meminta agar membelikan beg tangan untuk mereka, lalu bapanya memberi respon kepada keempat-empat anak daranya tadi.

Kak Long

"Tengoklah kalau ayah sempat belikan, kenapa tak suruh mak kamu yang belikan", kata si ayah kepada anak pertamanya.

Kak Ngah

"Boleh, tapi kene guna duit kamu la, kan kamu selalu minta duit kat ayah", respon si ayah kepada anak daranya yang kedua.

Kak De

"Kak de nak yang macam mana yang berbunga ataupun yang biasa-biasa je", tanya si ayah kepada anak daranya yang takut-takut dengannya.

Kak Su

"Nak beg je, barang-barang lain kan banyak lagi, baju ke ? jam tangan ke ? bukan senang ayah nak ke luar negara ni", tanya si ayah kepada anak bonsunya dengan penuh harapan.

Berbuat amal ibadah kerana CINTA kepada-NYA

Cerita ringkas yang saya bawakan ini adalah satu analogi (perumpamaan), terhadap segala amalan ibadah yang kita laksanakan.

Ada manusia melakukan amal ibadah kerana ianya hanya satu perintah.

Tahap yang seterusnya, amal ibadah itu dilakukan hanya semata-mata mengharapkan pembalasan dari-ALLAH.

Kata-kata ulama', jika manusia itu melakukan amal ibadah kerana takut kepada-NYA, maka itu adalah permulaan ikhlas.

Lagi tinggi martabat seseorang hamba itu apabila dia melakukan amal ibadah kerana rasa cintanya kepada ALLAH sebagaimana seorang lelaki yang kemaruk dengan cinta kepada seorang perempuan bahkan lebih dari itu. Kata ulama', inilah kemuncak ikhlas.

Balasan

Jika kita lihat penghujung kisah di atas, si ayah itu memberi respon yang berbeza kepada keempat-empat orang anaknya. Begitu juga dengan ALLAH s.w.t., balasan yang diberikan pasti berbeza-beza kepada hamba-hamba-NYA.

Jadi, saya menyeru kepada semua penghuni penjaramukmin sekalian, ayuh kita semua perbaiki niat kita, jika dahulu kita melakukan amal ibadah hanya kerana perintah dan balasan-NYA semata-mata, ayuh kita naik tarafkannya niat kita agar rasa cinta itu timbul dalam hati kita dan apabila timbulnya rasa cinta itu, maka tiada siapa lagi yang mampu menggugat kita kerana yang berada dalam hati kita tiada yang lain melainkan ALLAH s.w.t.

AMIR AL-GHONIE
3.32 pagi
cheras


Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP