PENGUMUMAN KEPADA SEMUA...........
Sunday, July 5, 2009
Harapan kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot dapat menyebarkan maklumat ini kepada semua..............salam harapan
Dasar kolonialisme yang melanda negara suatu masa dahulu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Puak kolonialis yang kononnya ingin membangkitkan kesedaran membina negara sebenarnya telah memperkudakan ‘kita’ untuk merealisasikan hasrat ‘murni’ mereka. Mereka berkuasa menetapkan dasar-dasar negara yang menjadi tunjang halatuju sesebuah negara. Dasar yang dilaksanakan di negara mereka menjadi acuan dalam merangka sistem dan perlembagaan negara ini pada ketika itu. Seterusnya masyarakat kita diracun pula dengan pelbagai isme yang melengkapkan agenda penjajahan golongan ‘berjasa’ ini. Dasar sekularisme yang didokong oleh penjajah berjaya menidakkan keperluan agama dalam segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi sosial dan pendidikan.
Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sebagai indikator utama tanpa memberi keutamaan terhadap aspek keagamaan telah berjaya melahirkan generasi demi generasi yang diimpikan oleh puak kolonialis ini. Contohnya, subjek Sains yang diajar seolah-olah bukan sahaja menidakkan kekuasaan dan peranan Allah dalam segala kejadian yang berlaku bahkan cuba menonjolkan kehebatan tokoh-tokoh barat dalam pelbagai penemuan baru sehingga generasi kita tidak pernah tahu sumbangan besar tokoh-tokoh Islam seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan lain-lain dalam pelbagai bidang ilmu. Ketidakseimbangan elemen pendidikan antara aspek rohani, jasmani dan akal dalam sistem pendidikan melahirkan individu yang dulu, kini dan selamanya mencetuskan masalah kepada masyarakat dan negara.
Pelbagai solusi telah dibentangkan namun setiap usaha akan menemui jalan buntu selagi kita terus-menerus memisahkan agama dari pendidikan. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh penjajah melalui kempen budaya hedonisme terus melenyapkan jati diri remaja hari ini sehingga mematikan terus fungsi pendidikan sedia ada itu sendiri. Lebih menyedihkan, ‘segelintir’ daripada kita turut rancak menjayakan misi ‘membina’ remaja harapan ini dengan menghidangkan pelbagai program realiti TV buat tatapan rakyat tercinta. Kerajaan sedia ada perlu sedar akan kepentingan sistem pendidikan berteraskan Islam di semua peringkat sebagai solusi terhadap kebejatan sosial yang melanda generasi muda hari ini.
Oleh itu , pertubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), telah mencari alternatif lain untuk kerajaan yang sedia ada dengan menyediakan pentas bagi menghimpunkan seluruh sarjanawan pendidikan dan para pemikir disegenap sektor kerajaan mahupun swasta, rasmi ataupun tidak rasmi, bagi membahaskan dan meresolusikan sebuah kertas kerja cadangan formula reformasi yang perlu dilakukan dalam sistem pendidikan Islam negara, ialah dengan mengadakan Kongres Rejuvinasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diakan pada 11 Julai ini. GAMIS berharap dengan mengadakan kongres rejuvinasi ini mampu mengeluarkan kerajaan dari ketidaktepatan pendefinisian masalah , kebuntuan jalan penyelesaian yang diambil lebih penting memberikan impak “political will” yang tinggi untuk kerajaan membuat post-mortem secara menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara.
Ini adalah satu-satunya benteng terakhir paling realistik untuk kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan generasi muda pada masa kini dan seterusnya mengharapkan sistem pendidikan dapat dijadikan sebagai penjana “Generasi Harapan” yang diidam-idamkan.
Salam pertemuan buat kesekian kalinya kepada semua penghuni penjaramukmin.blogspot.com yang tidak jemu-jemu menziarahi blog yang serba serbi dengan kekurangan.Maaf jika buah fikiran yang disandarkan kepada diri yang hina ini tidak memberi satu pengisian yang mantap , tetapi cukup sekadar perkongsian bersama.
Setiap yang hidup, pasti akan mati , setiap yang muda pasti akan tua , begitu juga kehidupanku di kampus , yang tua pasti akan meninggalkan yang muda dan yang muda mesti meneruskan rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh abang-abang. Untuk pertemuan kali ini suka saya ingin berkongsi hasil karya yang mungkin sedikit sebanyak dapat digunakan oleh para da’e untuk berdakwah pada jalan ALLAH s.w.t . Terimalah KARYA KERDILKU INI……
Apabila dilahirkan dimuka bumi ini kita semua sudah diberi satu tugas sebagaimana disebut didalam kalamuLLAH didalam surah Al-baqarah ayat 30 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Jadi, kepada semua yang bergelar penghuni penjara mukmin , adakah kita semua sudah bersedia untuk bekorban seluruh jiwa dan raga untuk menegakkan syiar islam demi kebahagiaan di RAUDATUL JANNAH kelak.....
Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi, jumpa lagi...................
"Ingin meruntuhkan jahiliah jangan sampai kamu membina jahiliah yang baru” , itulah pesan murabbiku sewaktu diri yang kosong ini mula-mula berkecimpung dalam bidang berpesatuan. Jika kita lihat pada hari, remaja-remaja banyak terlibat dengan masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan (couple). Namun begitu, kebanyakan kepada daripada remaja-remaja yang berlatarbelakangkan agama juga terlibat dengan gejala ini. Kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku ???
Berdasarkan pengalaman, gejala in banyak berlaku kepada mereka bergelar para da’e. Mereka ingin menegur orang agar menjauhkan diri dari maksiat, tetapi diri sendiri masih terjebak dalam masalah tersebut.
Kebanyakan daripada mereka memikirkan bahawa tidak menjadi masalah jika mereka jika bercouple kerana masing-masing mempunyai didikan agama yang cukup tetapi agak malang kerana dalam masa yang sama mereka tidak sedar diri masing-masing sudah dikuasai dengan nafsu syaitan laknatullah, wanauzubillah.
Sewaktu didalam perjalanan pulang kekampung halaman, diri yang hina ditakdirkan oleh ALLAH berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari negeri jelapang padi. Apabila masing-masing sudah berta'ruf, berdasarkan pemakaian saya, beliau terus mengajukan soalan , "Adik belajar kat mana ?", tanya beliau. Diri yang hina ini tidak boleh menipu lagi lantas menjawab "Darul Quran , JAKIM". Dipendekkan cerita, pemuda tersebut mengeluarkan satu pandangan "adik, abang ni bukannya faqih dalam bidang agama tapi pada pendapat abang kebanyakan orang yang macam adik tidak terlibat dengan masalah mencuri,memukul,merompak,dan sebagainya, tapi yang abang sedihnya mereka banyak terleka dengan insan yang bernama wanita" . Begitulah sedikit pengalaman yang mungkin dapat dikongsi bersama penghuni blog ini. mungkin kejadian ini menyebabkan diri yang hina ini menulis artikel ini.
“Ingin memiliki khadijah tetapi lupa untuk mencontohi rasuluLLAH s.a.w.”
Perumpamaan diatas dapat saya kaitkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Mereka ingin mencari wanita-wanita solehah tetapi mereka terlupa untuk menjadi yang soleh terdahulu.
Ingatlah wahai insan yang bergelar syabab atau fityah, nabi s.a.w. ada menyebut bahawa antara fitnah terbesar didunia ini ialah نساء
Tujuan blog ini dicipta bukanlah hanya sekadar mengajar , tetapi ianya juga dicipta untuk diajar dan kalau boleh , berikan kritikan yang boleh membina bukan kritikan yang menghina , kalau menghina pun tidak mengapa , adatlah asam garam dalam berjuang
AMIR AL-GHONIE
© Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009
Back to TOP