Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

PERKONGSIAN BUAT SI PECINTA WANITA...........

Wednesday, March 4, 2009

"Ingin meruntuhkan jahiliah jangan sampai kamu membina jahiliah yang baru” , itulah pesan murabbiku sewaktu diri yang kosong ini mula-mula berkecimpung dalam bidang berpesatuan. Jika kita lihat pada hari, remaja-remaja banyak terlibat dengan masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan (couple). Namun begitu, kebanyakan kepada daripada remaja-remaja yang berlatarbelakangkan agama juga terlibat dengan gejala ini. Kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku ???

Berdasarkan pengalaman, gejala in banyak berlaku kepada mereka bergelar para da’e. Mereka ingin menegur orang agar menjauhkan diri dari maksiat, tetapi diri sendiri masih terjebak dalam masalah tersebut.
Kebanyakan daripada mereka memikirkan bahawa tidak menjadi masalah jika mereka jika bercouple kerana masing-masing mempunyai didikan agama yang cukup tetapi agak malang kerana dalam masa yang sama mereka tidak sedar diri masing-masing sudah dikuasai dengan nafsu syaitan laknatullah, wanauzubillah.

Sewaktu didalam perjalanan pulang kekampung halaman, diri yang hina ditakdirkan oleh ALLAH berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari negeri jelapang padi. Apabila masing-masing sudah berta'ruf, berdasarkan pemakaian saya, beliau terus mengajukan soalan , "Adik belajar kat mana ?", tanya beliau. Diri yang hina ini tidak boleh menipu lagi lantas menjawab "Darul Quran , JAKIM". Dipendekkan cerita, pemuda tersebut mengeluarkan satu pandangan "adik, abang ni bukannya faqih dalam bidang agama tapi pada pendapat abang kebanyakan orang yang macam adik tidak terlibat dengan masalah mencuri,memukul,merompak,dan sebagainya, tapi yang abang sedihnya mereka banyak terleka dengan insan yang bernama wanita" . Begitulah sedikit pengalaman yang mungkin dapat dikongsi bersama penghuni blog ini. mungkin kejadian ini menyebabkan diri yang hina ini menulis artikel ini.

“Ingin memiliki khadijah tetapi lupa untuk mencontohi rasuluLLAH s.a.w.”

Perumpamaan diatas dapat saya kaitkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Mereka ingin mencari wanita-wanita solehah tetapi mereka terlupa untuk menjadi yang soleh terdahulu.
Ingatlah wahai insan yang bergelar syabab atau fityah, nabi s.a.w. ada menyebut bahawa antara fitnah terbesar didunia ini ialah نساء

2 comments:

Anonymous,  March 16, 2009 at 5:03 PM  

akh..ana copy enta punyer post..syuqron..perkongsian bermakna..

Kurniaan Ilahi March 16, 2009 at 9:20 PM  

assalamualaikum..memg benar,,terlalu ramai yg tewas kerana pergaulan..samaada sedar atupun tidak.lebih2 di pusat pengajian tinggi yang mana menekankan 'soft skills' etc..
oleh demikian..muslimin perlu tegaskan pd diri mereka soal perasaan. usah diluahkan perasaan andai belum mampu berumahtangga agar muslimah tdak kebuntuan memberikan jawapan..jika hati dah berkenan ikutlah syariat yg ditetapkn..
*sama2 memperingatkan dan memperbaiki diri, khasnya diri saya sendiri**

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP