Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

JAGA-JAGA YAHUDI...TENTERA MUHAMMAD SUDAH TIBA !!!

Tuesday, October 12, 2010

Peserta dan penggerak GEN-Q '10

Alhamdulillah, ucapan syukur kepada Yang Memberi Syukur dilafazkan dengan penuh kehambaan.

Baru-baru ini selesai sudah satu episod baru di dalam siri pentarbiyahan buat diriku dan adik beradik sekolah lamaku Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah. Terlaksananya satu program pra pengenalan tarbiyah ataupun muqaddimah kepemimpinan generasi Al-Quran.

Program ini dinamakan Kem Kepemimpinan Generasi Quranic 2010 (GEN-Q '10). Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari 18 pemuda islam dan 13 srikandi islam.

Terima kasih diucapkan kepada penggerak-penggerak program yang terdiri daripada alumni sekolah, abang-abang dan kakak-kakak Darul Quran yang sudi meluangkan masa bersama adik-adik yang dahagakan ilmu ini. Moga-moga kamu semua mendapat imbalan yang setimpalnya disisi Yang Maha Pemberi Rahmat.

Read Full Article

UNTUKMU PEMUDA...

Wednesday, October 6, 2010

"Pemuda adalah perubah dunia"

Itulah satu ayat yang sering kali dilafazkan oleh mana-mana penceramah yang menyampaikan ceramah ataupun lebih sinonim para pendakwah dewasa kini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan pemuda adalah di antara punca kepada sesuatu perubahan sesuatu zaman.

Namun, persoalan saya ingin timbulkan disini, pemuda macam mana yang dimaksudkan sebagai perubah itu...?

"Dirikan islam dalam dirimu(kita) dahulu sebelum tegakkannya di bumi yang nyata"

-Hasan Al-Hudaibi-

Jika kita lihat secara telitinya, antara pokok kepada masalah ini adalah lemahnya tarbiyah di kalangan penggerak dakwah di kampus. Apabila kurangnya terbiyah di kalangan penggerak dakwah ini, maka mana mungkin pemuda yang berada jauh dari orbit islam ini mampu untuk berada di atas landasan iman ini.

Bagaimana hendak mendapat negeri yang baik dan mendapat keampunan ALLAH, jika pra-syarat pemuda yang digambarkan itu tiada pada diri para pemuda dan pemudi pada hari ini.

Solusi(penyelesaian)...

"Kita kena betulkan pemimpin...", kata seorang presiden sebuah NGO Islam.

Betul, kita perlu mengubah dasar yang paling tinggi iaitu pemimpin sesebuah negeri, tetapi harus diingatkan ianya tidak akan berubah jika pemuda yang ada hari seperti yang saya senaraikan di atas.

Pemuda itu sendiri perlu kuat dari sudut tarbiyyah dirinya sendiri. Ini kerana pemuda adalah pemimpin masa hadapan. Pemimpin hari pada hari ini tidak akan memimpin buat selamnya, bahkan bila sampai masanya dia akan kembali menghadap pengciptanya juga.

Generasi yang akan menggantikan mereka adalah golongan muda. Jika persiapan dalaman dan luaran tidak dibuat sekarang lagi, saya kira sampai bila-bila kita tidak akan menang. Islam tidak akan dibumikan jika generasi muda pada hari ini masih lemah dari sudut tarbiyyah diri.

Tekankan 3 elemen asasi ini...

Para pemuda harus mempersiapakan 'tarbiyyah ruhiyyah' iaitu dengan perbanyakkan amalan fardhu dan sunat, jaga perhubungan kita dengan ALLAH s.w.t dan manusia.

Perbanyakkan membaca bahan ilmiah, saratkan diri kita dengan ilmu, moga-moga 'tarbiyyah ilmiah' kita berhasil.

Akhir sekali, kedua-dua teori tarbiyyah ini tidak akan berhasil jika ianya tidak dilaksanakan ataupun kita kelaskannya sebagai 'tarbiyyah amali' iatu kita lakukan apa yang telah diteorikan seterusnya ianya perlulah dilaksanakan dengan penuh istiqomah.

Apabila ketiga-tiga elemen asasi ini berjaya dibumikan di dalam diri setiap penggerak dakwah di kampus, maka tidak ada pertikaian lagi dari sudut pembinaan sebuah negeri yang baik dan mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.

Moga para penggerak dakwah di kampus dapat mengambil berat mengenai hal ini, ini kerana kita adalah pemuda dan pemuda adalah perubah dunia.

amir al-ghonie
3.23 pagi
Kuantan





Read Full Article

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP