SAJAK BUAT SANG PEJUANG
Wednesday, December 31, 2008
Asslamualaikum , salam kepada semua penguni penjara mukmin, maaf kerana kesilapan diri ini yang masih lagi tidak mampu menulis artikel sendiri kerana masih banyak lagi yang perlu belajar. Walaubagaimanapun, saya cuba menerbitkan artikel dengan mengutipnya dari blogest-blogest senior dan sahabat yang ana kagumi.
Kali ini ana ingin berkongsi sebuah sajak yang dihasilkan oleh naqib kepada naqib ana dan boleh dikatakan atuk ana didalam usrah ana (GHURABA'). Beliau ana maksudkan ialah Al-Akh Idris didalam blognya http://tintaduat.blogspot.com/ jadi terimalah sebuah sajak dinukilkan khas buat semua penghuni penjara mukmin yang tidak jemu di dalam mencurahkan tenaga, harta dan segalanya dalam memperjuangkan agama ALLAH yakni agama islam. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sesuatu di jalan ALLAH .terimalah "SAJAK BUAT SANG PEJUANG"

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya
0 comments:
Post a Comment