FAHAM...
Monday, October 12, 2009
Salam pertemuan kepada semua kepada semua penghuni blog…
Kalau kita ingin menguasai sesuatu perkara itu, tidak dapat tidak kita perlu menguasai melalui satu proses yang dinamakan “pemahaman”.
Jika kita gagal untuk memahaminya ianya adalah satu perkara yang boleh saya klasifikasikan sebagai pekerjaan yang sia-sia.
“Kenapa kita perlu solat…?”
“Kenapa kita perlu berpuasa…?”
“Kenapa kita perlu patuhi suruhan itu…?”
“Mengapa kita perlu mentaati arahan ini…?”
Segala persoalan diatas semuanya hendaklah berpaksikan dengan satu proses “pemahaman”.
Bertepatanlah dengan apa yang dibawa oleh seorang mujaddid yang tidak asing lagi dibenak fikiran semua muslim yang mencintai islam iaitu Assyahid Imam Hassan al-Banna didalam rukun bai’ahnya dimana beliau meletakkan rukun yang pertama yang harus dihadamkan ialah “al-Fahmu” iaitu faham.
Sudah jelaslah bahawa kita semua khususnya kepada semua pendokong agama islam perlu memahami setiap perkara yang berkaitan dengan islam agar kita semua tidak membabi buta membuat sesuatu perkara tambahan pula ramai dikalangan kita pada hari ini banyak mengikuti sesuatu isu tanpa mengkaji dimana dan bagaimana punca sesuatu isu itu berlaku…
Jadi, sekali lagi saya menyeru kepada semua agar mari kita mengislah dan bermuhasabah semula sejauh mana kita memahami sesuatu perkara itu kerana tanpa memahaminya, segala tindak tanduk kita mungkin akan dipandu oleh musuh utama kita iaitu syaitan laknatullah nauzubiLLAH.
Mari kita semua menjernihkan semula fikrah kita agar kita semua berada dijalan yang benar dan seterusnya menjadi seorang muslim yang berada didalam satu pergerakan yang jelas (muslim haraki)...
0 comments:
Post a Comment