Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

SUDAH TIBA MASANYA...

Saturday, December 18, 2010

Mungkin agak terlambat untuk ucapan ini, tapi diri ini ingin juga menterjemahkannya dari hati ke laman ini.

Salam Maal Hijrah buat semua.

Masing-masing sudah maaruf, hijrah yang berlaku pada zaman nabi memang sudah tidak akan dapat kita lakukan.

Ulama' telah membahaskan berkenaan dengan hijrah iaitu hijrah yang dapat kita laksanakan dalam konteks masa kini adalah hijrah daripada yang buruk kepada baik dan kalau ianya sudah baik, ia memerlukan satu lagi perubahan ke arah yang lebih baik dan yang terbaik.

Apa yang perkara yang baik itu ?

Perkara yang baik itu adalah iman kita, akhlak kita dan ibadat kita.

Apabila baja iman itu sudah ditanam dan dijaga, maka akan terhasilnya buah akhlak yang bermula dengan baik kepada yang terbaik, akhir sekali apabila buah akhlak itu sudak masak (akhlak yang baik), maka akan tercetusnya satu perniagaan yang lumayan.

Perniagaan lumayan yang saya maksudkan adalah kemanisan ibadat yang dilaksanakan

Apa yang perlu lakukan ?

Positifkan minda.

Kenali potensi diri anda

Aksi perlu dioptima.

Rabb jangan dilupa.

Istiqamah perlu diutama.

Ikhlas bukan yang kedua.

Tawakal penghujung usaha.

Semua tidak akan terlaksana jika tiada satu permulaan yang dinamakan kemahuan.


" Sesunggunya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubah dirinya sendiri"
Surah Ar- Ra'd : Ayat 11



Kemahuan cukup penting untuk mengubah diri kita.

Diri yang menaip artikelm ini pun sedang cuba untuk berubah kerana cukup leka leka dengan dunia.

Doakan diri yang menaip ini diberi kekuatan untuk berubah kepada 'Super Baik'.

Jangan lupa juga untuk kita sama-sama mendoakan diri kita semua kerana kita tidak akan berubah tanpa ada bantuan dari sahabat-sahabat.

Pendek kata kita tidak boleh lari dari hidup berjemaah.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan kekuatan.

Salam Perubahan.

Amir al-Ghoni
Darul Quran,
Kuala Kubu Bharu,
12.19 tengahari.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP