Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

BELAJAR MEMAHAMI SETELAH MEMBERI...

Monday, May 2, 2011

"Kenapa dia tu susah betul nak bersifat terbuka...",kata seorang aktivis dakwah muslimin kepada seorang aktivis dakwah muslimat.

"Kenapa perlu buang sifat thiqah...bukankah ianya perlu", keluhan seorang muslimat kepada seorang muslimin.

Situasi di atas adalah satu situasi yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.

Masing-masing dengan pandangan masing-masing.

Itu bukan masalahnya.

Apa yang berlaku adalah timbul rasa tidak puas hati yang membuak-buak itu menyebabkan gerak kerja tergendala dan kurang efektifnya.

Mengapa perkara ini terjadi ?...

PERSEDIAN SEBELUM MEMBERI



Sering kali kita selalu mendengar slogan Abu Saif iaitu "Erti Hidup Pada Memberi".


Bukan itu isu utama yang saya ingin kupaskan untuk post kali ini.

Apa yang saya ingin timbulkan ialah berkenaan prasyarat sebelum dan selepas kita melaksanakan slogan tersebut.


Jika seseorang yang hendak belanja seseorang sahabat yang lain, perkara yang pertama yang perlu dilaksanakannya adalah menyediakan wang yang secukupnya.

Persoalan yang timbul di sini, di mana dan bagaimanakah sumber keewangan itu boleh dimiliki.

Sudah tentu ia memerlukan satu usaha yang dinamakan sebagai proses penerimaan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa elemen yang perlu ada pada mereka yang hendak memberi adalah elemen menerima.

Seseorang tidak boleh memberi jika dia tidak pernah menerima, ini kerana dengan hasil yang diterima itulah akan diproses melalui kefahaman yang jelas dan seterusnya akan pergi kepada proses memberi.

Jadi, tidak boleh tidak, seseorang itu perlu menjatuhkan 'ego'nya terlebih dahulu untuk menerima apa saja ilmu yang ada tetapi ilmu itu perlu ditapis sebaik-baiknya dengan menggunakan teknik mendengar yang terbaik sebagaimana yang telah diajarkan oleh ALLAH s.w.t. di dalam al-Quran yang berbunyi :



Sebaik sahaja ilmu itu sudah dimanipulasikan dengan baik, maka proses memberi akan berjalan dengan lancar.

PERSEDIAAN SELEPAS MEMBERI

Ramai yang mampu untuk memberi.

Tidak kurang juga menerima.

Adakah cukup hanya dengan ada kedua-dua perkara di atas ?

Bukan niat saya untuk menafikan perlunya kepada 'erti hidup pada memberi' bahkan saya sangat bersetuju dengan istilah ini.

Sedikit perkongsian dengan teman-teman berkaitan pandangan saya terhadap konsep ini.

Jika kita menerima dan memberi sahaja, bagi saya tidak memadai jika tiada satu lagi proses yang dipanggil memahami.

Ya...memahami...

Adakah kita sudah cuba untuk memahami kondisi diri individu yang telah kita beri...???

Adakah kita sudah memahami terhadap apa yang telah kita terima...???

Saya serahkan kepada teman-teman untuk memikirkannya kerana saya juga sedang cuba untuk belajar memahami praktikal istilah ini.

MENERIMA...
MEMBERI...
MEMAHAMI...

Cubalah untuk memahami manusia di sekeliling kita wahai teman.

Moga teman-teman sekalian dapat memanfaatkan diri agar titik persamaan ini mampu untuk melahirkan satu hasil yang efektif terhadap gerak kerja islam yang dijalankan.

Amir al-Ghoni,
6.20 Pagi,
Bandar Baru Bangi,
Selagor Darul Ehsan.


3 comments:

ilmi_alfauzani May 2, 2011 at 5:44 PM  

Belajar memahami setelah memberi.. satu saranan yang baik, dan kene perhatikan dari mata hati.. Syukran atas perkongsian.. mg terus istiqamah dlm berjuang..

Nur Afifah Muhamad May 2, 2011 at 9:41 PM  

Takut dgr word 'thiqah'..macam ada 'semacam' ja..semoga ia tak terungkit lagi.

AMIR AL-GHONIE May 3, 2011 at 12:09 AM  

:) JADILAH PENDENGAR@PEMBACA YANG BAIK...

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP