CARILAH JALAN PENYELESAIAN
Wednesday, May 18, 2011
“Saya lihat panelis yang kamu jemput ini bukan sebarangan orang, tetapi kenapa kamu buat di tempat yang tertutup, ini satu kerugian dan kenapa kamu tidak buat secara terbuka sahaja, bukankah itu lebih baik”, saranan seorang setiausaha masjid di sebuah tempat.
“Maaf ustaz, kami tidak tahu pihak masjid boleh bekerjasama dengan kami dalam keadaan yang mendesak ni”, jawab seorang muslimat dari satu pertubuhan gerakan muslimat.
“Owh, tidak ada masalah, dalam keadaan macam ini kita tidak boleh salahkan sapa-sapa, yang penting, apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan penyelesaian”, jawab setiausaha masjid dengan nada yang lembut.
Adakah anda biasa terlibat dalam dunia berpersatuan ?...
Ataupun pernahkah anda menguruskan majlis-majlis perkahwinan atau apa-apa majlis kemasyarakatan ?
Sudah tentu akan berlaku situasi di atas.
Manusia itu sering melakukan kesilapan, kalau tidak tidak dinamakan manusia. Cuma yang bezanya hanya kerap ataupun jarang melakukan kesilapan tersebut.
Jika berlaku situasi di atas, agak-agaknya apa yang akan anda lakukan.
Mungkin cuba untuk menerima kesilapan tersebut.
Marah juga mungkin akan dijadikan sebagai jalan penyelesaian.
MENYERAP TEKANAN
Apabila berhadapan dengan situasi di atas, kebanyakan orang melatah sehinggakan ada yang akan teremosi yang tidak terkawal.
Semua orang yang ada di sekelilingnya akan dihukum.
Kenapa jadi begini…?
Barangkali mungkin bebanan kerja menyebabkan diri tertekan sehinggakan tidak mampu mengawal emosi diri.
Terlalu marah dengan kawan kerana kerapa melakukan kesilapan pun satu sebab timbulnya rasa bengang.
Jadi macam cara hendak menanganinya ?
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyerapkan segala tekanan yang ada dalam diri dengan erti kata lain cuba untuk berfikiran positif kepada mereka yang melakukan kesilapan tersebut.
Mungkin dia baru nak belajar.
…ataupun dia terlupa dan sebagainya.
Tindakan yang positif itu datang dari akal yang sihat.
Dari akal yang sihat dan tindakan positif inilah akan tercetusnya satu gerak kerja yang baik.
Bukankah ALLAH s.w.t mengajarkan kita supaya selesaikan sesuatu perkara itu dengan cara yang paling baik.
KESIMPULAN
Marah mungkin tidak menjadi masalah bagi seorang ketua bahkan ia menjadi satu keperluan bagi seseorang ketua itu untuk mendisiplinkan anak-anak buahnya yang lain.
Persoalan yang timbul sekarang adalah sejauh mana seorang ketua itu cuba memahami situasi anak buahnya tersebut.
Adakah hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas sudah diadunkan sekali dengan cara yang lebih baik.
Sama-sama kita fikir-fikirkan, moga-moga ada manfaat bersama.
AMIR AL-GHONIE
9.23 pagi
Bandar Baru Bangi