AYUH UBAH PERSEPSI...
Friday, September 3, 2010
" Akhirnya merdeka jua aku...", ucap seorang mahasiswa huffaz yang lega dengan ujian yang sudah selesai didudukinya.
" Sedikit kecewa dengan syafawi semalam...biarlaH jadi pengajaran untuk aku..tak insaf jugak tak tahu la...", keluh kesah seorang sahabat tanda kecewa.
" Doakan kejayaan ana, semoga dapat jawab dengan lancar & ingat Al-Quran dengan mutqin...", pohon seorang aktivis dakwah di sebuah kampus.
Pelbagai ragam yang dapat kita lihat. Ada yang kecewa, ada yang lega dan ada yang tidak lupa mengharapkan doa dari sahabat-sahabat.
Semuanya kerana ujian dunia.
DUA PERKARA SEIRINGAN
Dewasa ini, sudah menjadi sunnatullah bagi manusia risau untuk berhadapan dengan ujian dari manusia melalui 'exam oriented'.
Tidak salah andai kata jika manusia itu risau kerana tanpa tuntutan dunia(ujian ini), susah untuk melaksanakan tuntutan akhirat.
Persoalannya bagaimana seseorang manusia itu menepuhinya dua perkara yang seiring ini dengan syariatullah.
RISAU DENGAN UJIAN
Kadang-kadang manusia itu sudah berasa lega dengan lepas dengan ujian dunianya. Maka segala mujahadah yang dilakukannya itu di'anak tiri'kan malah ada yang di'talak tiga'.
Kita risau jika mata pelajaran yang kita duduki itu terpaksa diulang (repeat paper) atau bahasa popular dikampus saya 'Dur Thani'.
Bagaimana dengan ujian akhirat...
Tidakkah kita risau andai ujian akhirat kita perlu diulang.
Ketahuilah wahai penghuni penjamukmin sekalian, kita sama sekali tidak mampu untuk mengulangnya.
Mintalah macam sekali pun, rayulah lama mana sekali pun, ALLAH sudah berjanji bahasanya tiada 'repeat paper' untuk hambanya yang gagal dalam menghadapi ujianNYA.
AYUH UBAH PERSEPSI
Jadi, saya mengigatkan diri saya serta semua agar marilah kita uBah persepsi kita, sama-samalah kita risau dengan kedua-dua ujian ini agar kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Ingatlah, kalau kita kena 'repeat' di dunia sekali pun, tidak semestinya 'repeat' di akhirat.
Jikalau kita lepas ujian dunia sekali pun, tidak semestinya kita akan lepas dengan ujian akhirat.
Mukmin yang cemerlang ialah 4.0 di dunia, 4.0 di akhirat
Amir al-Ghonie
Temerloh
7.32 pagi
0 comments:
Post a Comment