Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem
TERUSKAN MENERIMA, MEMBERI DAN MEMAHAMI...

NIKMAT & RAHMAT

Monday, September 27, 2010

“Jom pergi solat jemaah di masjid…”, ajak seorang sahabat.

“Ko pergi la dulu masjid, aku nak layan cerita ni jap…”, kata seorang manusia yang ditugaskan kepadanya untuk menjaga al-Quran.

Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita. Persoalan yang timbul disini, adakah ianya betul-betul memberi kesan kepada kita selaku insan yang mengharapkan redha dari-NYA.

Antara nikmat & rahmat. Mungkin satu maksud yang seakan-akan serupa baik dari sebutan mahupun perlaksanaan.

Walau bagaimana pun, ianya adalah satu perkara berbeza. Cukup berbeza bagi insan yang merindukan syurga yang abadi dan mengharapkan cinta yang hakiki.

NIKMAT

Nikmat satu kelabihan yang ALLAH kurniakan kepada hamba-NYA yang betul-betul berusaha untuk mendapatkannya. Misalnya kekayaan, kejayaan, kemewahan dan sebagainya.

Ianya juga jika kita teliti baik-baik, dimiliki oleh semua insan. Tidak kira berbeza agama mahupun bangsa.

Cuma ianya baik jika dapat dikawal tetapi parah jika ianya gagal ditunggaang.
Kenapa saya berpenadapat sebegini rupa ?

Ini kerana ianya mampu menyebabkan manusia itu akan lupa bahawa tanggungjwab dia sebagai seorang hamba. Leka dengan dunia, cintakan harta dan lupa adanya neraka.

Keadaan yang sebaliknya akan berlaku jika ianya (nikmat) dikawal dengan cermat. Apa yang dimiliki ialah ‘rahmat’.

RAHMAT

Rahmat adalah satu kurniaan yang jarang sekali dimiliki oleh manusia.

Tidak semua akan mendapatnya. Ini kerana ianya hanya akan dikurniakan kepada manusia yang betul-betul bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Ramai manusia dapat nikmat kekayaan, nikmat kesenangan tetapi belum tentu dapat satu kekuatan untuk melaksanakan satu pengabdian kepada-NYA.

Tidak semua manusia yang bergaji dapat mengaji.

Tidak semua manusia yang berpendidikan dapat meberi kebajikan.

Tidak semua manusia yang berilmu akan bertamu di rumah-NYA.

Tidak semua manusia yang memberi dapat berbakti.

Tidak semua manusia yang haraki dapat syurga yang hakiki.

Fikir-fikirlah, agar kita tidak terlupa dengan hari yang telah dijanji.

Bersyukurlah, Moga-moga rahmat itu dimiliki.

Tunggangilah ‘nikmat’ dengan cermat moga-moga selamat sampai kepada ‘rahmat’


0 comments:

Post a Comment

KOMEN YANG DITINGGALKAN ADALAH TANDA ANDA SEORANG YANG MEMAHAMI, TERIMA KASIH.

  © Hasanhusaini.Com Powered by Gegar United 2009

Back to TOP